Showing posts with label Hope. Show all posts
Showing posts with label Hope. Show all posts
Wednesday, August 26, 2015
Thursday, August 13, 2015
Saturday, August 1, 2015
Im about to stop.
Dialog with Mak few weeks ago,
Aku : Mak, boleh tak kalau angah nak nikah dulu. Pajul cakap klu nikah dulu, angah boleh duduk JB dulu. Jaga Mak. Lepas tu baru pindah Sabah. At least, kalau dia datang sini, ada tempat nak tinggal. At least takdelah jiran-jiran cakap bukan-bukan pasal angah yang malukan mak ayah. At least kalau dia kat sini, takkan risaukan mak ayah untuk kitorg keluar sama-sama.
Mak : Nanti Mak bincang dengan ayah dulu.
Aku : Understood *Nod*
Tadi Mak datang bilik. Mak cakap ayah setuju kalau aku nak nikah dulu. Serius tak percaya wehh. A soft discussion like that, can move my parent heart. Aku tau diorg risau aku duduk jauh. Diorg taknak sebab aku sorang anak perempuan diorang. Diorang risau sebab diorang tau aku tak biasa jauh dari diorang. I know. I realized. I feel it. Im thankful enough. Betapa susah untuk diorang lepaskan aku. Aku sendiri terpaksa tangguhkan plan aku nak kawen tahun ini. Aku sedar semua tu atas sebab-sebab yang aku nyatakan di atas.
Berita yang aku terima sekejap tadi. Aku tak nafikan yang aku eksaited.
Sebab eksaited, aku nak cerita dengan dia. Cepat-cepat. Sbb aku rasa berita ni berita gembira untuk kami.
Aku : Awak, mak ayah dah setuju kalau kita nikah dulu.
Dia : Ye ke mak ayah setuju?
Aku : A'ah. Apa pendapat awak?
Dia : Saya bincang dengan mak ayah saya dulu.
Aku : Saya nak tau apa awak rasa dulu.
Dia : Saya malu.
Aku : Sebab apa?
Dia : Yelah nanti sedara-sedara awak cakap apa pulak.
Aku : Diam. Terus takde mood. Terus rasa nak letak telefon.
Dia : *Realized* Janganlah sedih. Saya bukan tak sayang awak tapi bla bla bla .........
Dia malu? Dengan siapa kita patut malu sebenarnya? Aku ajak benda simple je wehh. NIKAH. Nak halalkan hubungan. Elak fitnah. Nak ikut ajaran Allah atau nak dengar cakap manusia?
Hmmm.
Dia : Awak marah ke? Awak sedih ke?
Aku : Taklah.
Sometimes I keep my feelings to myself because it's seems hard for someone else to understand them. Even to the close one.
Admit. Sedih. Bukan yang calang-calang. Even masa tengah type ni, aku nangis. Semahunya. Tak tahu nak expain macam mana bila dia tanya aku sedih ke tak. Betul ke lelaki punya ruang yang sekecil ini untuk faham hati perempuan?
What should I really answer? Aku just cakap tak. Aku tak marah. Aku tak sedih. Aku tak nangis. Sedangkan semua tu hanya tipu. Tak ke dia tau? Bukan kali je wehh. Masa nak tunang dulu. Masa nak plan tunang kali kedua. Masa plan nak merisik. Semua dia tolak. Semua. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi dah lebih tiga kali. Termasuk bila aku ajak nikah. Tolak.
For a while, I lost a word. Diam. Kaku. Terkilan.
Even dia cakap nak bincang dengan mak ayah pun, aku dah taknak. Sebab apa yang aku rasa, sebenarnya bukan apa yang dia rasa. Dari mula lagi.
*Stuck* Aku rasa aku baru bangun. Baru sedar. Dan aku nak berhenti. Berhenti dari meletakkan harapan yang menggunung tu. Berhenti merancang. Its such a waste.
Dah akhirnya untuk lapan tahun, aku sebenarnya belajar yang dia sebenarnya masih belum faham apa yang aku mahu, dan aku pun masih tak faham apa yang dia mahu.
Kalau awak baca post ni, saya nak awak tau, saya tak meragui sayang awak pada saya. Saya cuba faham situasi awak. Tapi saya rasa cukuplah setakat ini usaha saya untuk hubungan kita. Saya taknak tanya. Saya taknak tahu rancangan masa depan kita. Saya berhenti. Tapi saya tunggu sampai awak sendiri yang mulakan langkah pertama. Kita mungkin masih keliru tentang kita. Kita mungkin masih kabur dengan masa depan. Saya percaya dengan rancangan Allah. Titik.
Monday, July 27, 2015
Six circle of chemotheraphy : 1st phase.
Mak, I know you have kind heart.
You have a warm soul.
You have a calm spirit.
You have a positive vibes
And you are strong enough to face this.
Sakit tu kafarah dosa kan Mak?
I love you Mak ❤
Saturday, July 25, 2015
Thursday, July 2, 2015
Frustated.
Semalam aku datang lambat. Sebab pagi-pagi dah sakit perut. Masa aku sampai tu, ngam-ngam Madam pun sampai. Aku buat donno jelah sebab ingat dia okay. Selalu pun dia okay. Tapi lepas dia masuk tu, dia panggil Mia. Dia cakap something so aku ingat dia cakap pasal kerja. After half an hour kat office dia pun keluar sebab dia ada meeting dengan Ruby and Newwin kat Singapore.
Lepas je dia keluar tu, Mia cakap yang Madam cakap pasal aku. Dia tanya kenapa aku masuk lambat. Pada dia, aku memang setiap hari masuk lambat. Last time, dia cakap aku masuk hari-hari 9.30am. Tapi Mia backup aku. Semalam pun Mia backup, tapi Madam marah Mia sebab dia cakap jangan backup Azie. I sudah nampak depan mata I.
Yelah, aku tau aku lambat. Aku admit memang aku lambat. Tapi, bukan setiap hari. Bukan sampai 9.30am. Paling lambat pun pukul 9. Cuma yang aku tak puas hati tu, kenapa dia tanya Mia? Kenapa tak tanya aku sendiri? Pelik aku. Lepas tu dia nk marah-marah. At least dia kena lah bagi peluang untuk aku explain kenapa aku lambat. Kesian Mia, sebab aku dia kena marah. Aku dah mintak maaf, tapi dia cakap dia tak kesah sebab dia dah biasa kena marah. Sampai dah tak rasa apa dah. Tapi aku tetap rasa serba salah kat Mia. Mia, Im truly sorry.
Bila dah jadi macam ni, aku rasa malas nk keje. Bosan. Hati tak tenteram sebab aku tak jaga baik-baik hubungan sesama manusia. Sedih. Geram. Bengang. Serba salah. All in one. Tapi sebab aku fikir yang aku ada benda tak selesai lagi, dengan janji pada Kak Radiah, so aku sabar dulu. Sampai hujung tahun ni je. Sabar lah Azie!
Monday, June 1, 2015
Dear Mak,
Untuk lima hari kitorg berkampung kat hospital. Klu korang baca post sebelum ni, aku ada tulis doktor suspect mak appendix kan? So the next day Azim bawak mak pergi hospital, untuk further treatment as per recomended by Pertama Clinic Doctor.
Hari pertama mak kat hospital, Dr.Shan suruh buat auto scan sebab most of the doctor said that Mak ada appendix symptom. Once auto scan result out, tetibe Dr.Shan kata dia tak nampak apa-apa. Then mak pun buat ultrasound. Lepas tu nampak mak ada batu karang. Memang mak ada dulu, tp dah buang. This time Dr.Shan hand over to Dr.Yoong. Dr.Yoong ckp batu karang tu kecik je. Boleh kalau nk remove, just jaga makan and minum air secukupnya.
At the same time jugak nampak ovari mak macam ada luka. Dr.Yoong suruh mak refer pada Dr.Laila. As per suggestion by Dr.Yoong, Dr.Laila pun take over. Dr.Laila kata untuk safety, better operate. Takut nanah tu jadi cancer. Tapi lepas Dr.Laila cek rekod mak, dia nampak mak makan Cadiprin (Ubat cairkan darah, due to Mak stroke last time). So Dr.Laila suruh stop sekejap amek Cadiprin takut nanti bleeding masa operate.
Tapi dalam result scan yang keluar tu, ternampak pulak satu dot kecik kat paru-paru mak. Dr.Laila suggestkn Dr.Rahmat untuk rawatan paru-paru. So Dr.Rahmat cakap dia cuma nampak sikit je dot tu. Dia advise mak buat CT Scan sekali lagi. Hari keempat mak kat sana, buat scan for the third time. Esoknya result keluar. Dr.Rahmat cakap dot tu dah membesar dari 2cm to 2.5cm. Doktor cakap kalau apa-apa ketumbuhan kat dalam badan ni cut off dia mesti 1.7cm je. Kalau lebih dari tu, dah dikira berbahaya.
Jadi, Dr.Rahmat bagi tiga option. First option, dia cakap amek sample tisu. Kalau betul dot tu tak berbahaya, doktor just buat simple operation to remove that thing. Second option, amek sample tisu, and klu worse situation benda tu cancer, so automatik kena buang cepat-cepat. Dan third option, just balik rumah, lepas tu datang chekc up quarterly. Tapi doktor kata yang 3rd option tu agak risiko kalau betul dot tu cancer. Doctor kata cancer paru-paru jarang rakyat Malaysia ada dan kalau ada pun dapat tau mesti dah lambat. Ada yang dekat 3rd or 4th stage. Then mak pilih second option. Dan harini mak pun buat apa yang doktor advise. Petang tadi, mak dah discharge. But belum fully recover.
We just pray and hope for the best. Harap semuanya berjalan lancar. Mudah-mudahan takde apa-apa yang berbahaya. Ya Allah, kau kuatkan ibuku. Kurniakan dia kesihatan yang paling baik. Kau sembuhkanlah penyakit ibuku. Amin Ya Rabbal Alamin.
Wednesday, May 27, 2015
H to the O to the P to the E
Please send me a positive vibes.
"We suspect an appendix"
I know you are strong Mak! Please. Speedy recovery!
Tuesday, January 6, 2015
Jangan pernah
Jangan pernah serahkan bulat-bulat kepada saya.
Kerna saya tak tahu dari mana untuk mula dan dimana untuk berakhir.
Jangan pernah terus biar saya sendiri.
Kerna saya akan terus hanyut dengan impian dan harapan hati.
Jangan biar saya kenal erti putus asa,
Kerna nanti takkan ada peluang untuk bertanya mengapa.
Jangan biar hati saya terus disakiti.
Kerna tak semua perkara boleh dimaafi.
Dan jangan pernah membuat kesilapan lagi.
Kerna jarang-jarang ada pelangi selepas hujan berhenti.
Tuesday, June 3, 2014
Belajar.
Dalam gembira dia, dalam suka dia, dalam gelak dia, ada sedih aku, ada tangis aku. Mungkin aku diam. Bukan mungkin. Bukan aku cuba diam. Bukan aku taknak melepaskan. Tapi untuk apa mengekspresikan riak ini, kalau akhirnya aku juga yang terpaksa mengalah?
Aku tahu dia sayang. Aku tahu dia cinta. Tapi bukan begini yang aku harap. Sayang yang tiada berpada. Cinta yang tiada sempadan. Lupakah dia, syurga dia masih dibawah telapak kaki ibunya? Tiadakah rasa cinta dan sayang untuk dia, Ibu yang melahirkan dan membesarkan?
Ya, aku gembira. Aku bahagia. Bertuah sebab masih ada yang sayang. Masih ada yang mengambil berat. Tapi aku tetap terasa. Tapi apa boleh buat? Hendak tak hendak aku harus biasakan dengan perkara ini. Dengan keadaan dan situasi sebegini. Kerna aku tahu, aku bukan lagi yang satu. Aku harus belajar untuk berkongsi. Bukan dengan satu, bukan dengan dua tapi TIGA.
Cukup atau tidak kasih itu selama ini, tidak perlukah aku ukur. Tidak perlu aku perhitungkan. Selayaknya hanya untuk membalas jasa. Cukuplah aku rasa itu untuk dua puluh enam tahun. Walau belum puas, walau tak berapa nampak, tapi dia tetap yang aku harus hormati. Yang tetap harus aku sayang. Sampai bila-bila. Sampai akhir hayat.
Aku akan pergi. Mengorak langkah. Kehadapan. Untuk kebahagiaan aku. Untuk kedamaian hati ini. Mujur, aku tidak seorang. Janji kan, walau kemana, walau susah mana, asal kita berdua, janjilah untuk kita sama-sama bahagia. Walau ada terasa hati, walau ada marah dan benci, biarlah rasa kasih itu tetap abadi. Berdua. Bersama-sama.
Thursday, February 27, 2014
Jangan pernah sekali.
Dan bila aku mula untuk meluahkan, dia macam tak faham. Setiap kali. Pasti berakhir dengan pertengkaran. Yang mana masing-masing mula mencari jalan selamat. Diam untuk dua tiga hari. Selalunya aku tak akan memulakan dulu.
Ya, aku tau berdosa. Besar! Tapi salahkan kalau aku cakap untuk kebaikan bersama? Aku bukan ckp unuk kepentingan aku. Aku bukan ckp kosong. Tapi aku tak pernah tau dan tak pernah faham kenapa dia hanya marah setiap kali aku yang menegur. Perasaan aku ke sampai orang lain sedar akan itu?
I'm healing myself. Alone.
Aku pujuk hati ini untuk bersyukur. Untuk menerima seadanya.Takpe, kalau orang dah tak perlu aku disini, aku boleh pergi. Jauh. Senyap dari kalian. Walau aku cuba usaha untuk kekal disini. Takpe orang tak nampak itu semua bila aku ada. Tapi kalau aku pergi, jangan pernah merindui aku. Walau sekali.
Tuesday, October 1, 2013
Mencari cinta Allah.
Perlahan-lahan aku merangkak. Cuba untuk berubah kearah yg lebih baik. Entah, sejak dekat dgn Dia, hatiku tenang. Setenangnya. Tiada apa lagi yg aku risaukan. Tiada apa lagi yg aku buntukan. Semua rasa selesa.
Bukan aku tidak pernah dekat. Cuma kali ini aku rasa terlalu dekat. Dekat sangat. Walaupun aku masih jauh. Masih terkapai-kapai lagi.
Masalah dtg juga. Tp sentiasa ada jalannya. PetunjukNya. Tak pernah lg aku buntu memikirkan masalah itu. Aku tahu, semuanya dari Dia. Kerna Dia syg aku, Dia beri aku ujian itu. Masakan Dia mahu memberi ujian kepadaku lebih dari kemampuanku? Bersyukur kerana aku masih dipilih untuk menghadapi ujian itu.
Sakit? Batuk dan selsema menyerang tiada henti. Tambah pula sakit perut ini. Belum lagi dikira sakit gigi. Muntah? Usah disebut. Satu hari mahu tiga empat kali. Tapi bukankah sakit itu penghapua dosa? Jika sakit, sekurangnya aku tahu Dia masih kisah. Aku tahu Dia tidak mahu aku menanggung dosa yg banyak. Jadi untuk apa keluhan jika ganjarannya setimpal?
Ohh ya, hari ini sudah empat dosa. Itu yg terhitung. Yg tidak nampak? Yg sebesar zarah itu? Rasa berdosa. Tp aku tahu Dia itu Maha Pengampun. Maha penerima taubat. Moga masih ada peluang untuk aku.
Rindu utk membaca Al-Quran. Tp lemah dr segi tajwidnya. Aku malu. Acap kali niat membaca kerana belajar. Tp tidak pernah berusaha utk belajar. Malu dgn saudara yg baru saja mengenal Islam. Mereka lebih fasih, lebih arif drku tentang tajwid. Tp aku? Lahir saja sudah kenal Islam, tp jarang mengamalkan. Aku harap ada seseorang yg akan membimbingku. Ya Allah , berilah aku petunjukMu.
Aku menulis bukan untuk mengaibkan. Tp untuk peringatan sesama kita. Mungkin aku tidak blh menegur secara terang-terangan. Tp cukuplah klu ini terkesan buat kalian. Kita sama-sama belajar untuk mengejar cinta Allah. Kejar syurga Allah.
Dan yg paling aku bersyukur kerana takdir kami jauh. Alhamdulillah. Terima kasih banyak Ya Alllah.
Sunday, January 15, 2012
Actually, aku decide balik JB sepenuhnya bila aku dapat tau yang mak tak sihat. Mak macam takde kawan. Macam sunyi lepas Arab pegi Uitm. Start dari hari tu, aku decide nak duduk JB. Even masa awalawal tu memang aku dah plan nak duduk Melaka. Nak cari keje sana.
Aku balik JB sebab aku fikirkan mak. Aku fikirkan kesihatan dia. Tapi baru dua hari aku kat JB, layanan mak pada aku lain je. Aku betul betul rasa terpinggir. Aku tak pasti sama ada itu perasaan aku je ataupun memang betul betul berlaku. Sumpah, aku rasa macam nak nangis sekarang. Nangis tanpa henti.
Pajul, please take me away from this kind of feeling. Take me far away. I hate to feel like this. I hate be in this kind of situation. Tolong, bawa saya pergi. Aku tak sanggup nak duduk sini, betul betul tak sanggup. Bukan, bukan maksud aku nak melupakan jasa baik mak ayah, tapi aku cuma perlukan ruang untuk diri aku. Aku nak sangat berbakti, tapi aku takde peluang.
Mak, maafkan angah :(
Tak mampu untuk kuteruskan,
Sunday, July 3, 2011
Dengan sengaja
Sengaja aku matikan laman sosial ku, sebab aku kecewa sangat. Untuk apa masih terus bermain laman itu, jika kawan boleh buang buang, kawan boleh pilih pilih. Semua tekan butang ya jika dia cantik juga hensem.
Sengaja aku matikan laman sosial ku. Untuk apa masih membukanya, sedangkan kawan yang kita kenal, tak pernah nak hargai kita dalam itu. Takde sebabkan untuk aku masih terus bertahan?
Sengaja aku matikan laman sosial itu, sebab aku sedih. Sedih dengan perkara-perkara yang aku harap tak terjadi tapi itu yang aku lihat, itu yang aku nampak. Kukuhkan sebab untuk aku menyepi?
Sengaja aku matikan laman sosialku, yelah aku kan cikgu. Risau anak murid ternampak barangkali. Malu tahu yang cikgu bukan rupa cikgu. Mungkin. Haha
Sengaja aku matikan laman sosialku, walaupun aku masih perlukan itu. Perlu untuk menjadi sebahagian hidupku. Tapi kurasakan laman hidupku kini lebih bermakna dari laman virtual itu.
Dengan sengaja aku buat semua ini, sebab aku mahu menghabiskan masa untuk diri serta keluarga. Juga untuk ilmu-ilmu Allah. Sudah tiba. Inilah masanya. Doakan aku kawan!
Rindunya pada Rasulullah. Rindu sangat!
Monday, January 31, 2011
Somebody please lend your shoulder -.-
Wana I'm truly sorry because I can't follow You to Labis. I want but I really can't. Hope You will understand.
Heart, I'm sorry. I can't follow your way, I can't fulfill your request, I'm not even your princess. I'm just me. Accept me for whatever I am. I just love U. I'm sorry.
I wish I can
Walking in the rain, so no one could see my falling tears
I wish there have
A New Hope. So I can start a day with smile
I wish there have
MyGirlfriends. That can lend me shoulder to cry
I wish I can
Stop crying. Because it's really hurt and tiring
Since yesterday, I do crying a lot.
I'm really guilty, feel suck and totally sad.
Ingat Allah Ashikin!
Subscribe to:
Posts (Atom)











