Dialog with Mak few weeks ago,
Aku : Mak, boleh tak kalau angah nak nikah dulu. Pajul cakap klu nikah dulu, angah boleh duduk JB dulu. Jaga Mak. Lepas tu baru pindah Sabah. At least, kalau dia datang sini, ada tempat nak tinggal. At least takdelah jiran-jiran cakap bukan-bukan pasal angah yang malukan mak ayah. At least kalau dia kat sini, takkan risaukan mak ayah untuk kitorg keluar sama-sama.
Mak : Nanti Mak bincang dengan ayah dulu.
Aku : Understood *Nod*
Tadi Mak datang bilik. Mak cakap ayah setuju kalau aku nak nikah dulu. Serius tak percaya wehh. A soft discussion like that, can move my parent heart. Aku tau diorg risau aku duduk jauh. Diorg taknak sebab aku sorang anak perempuan diorang. Diorang risau sebab diorang tau aku tak biasa jauh dari diorang. I know. I realized. I feel it. Im thankful enough. Betapa susah untuk diorang lepaskan aku. Aku sendiri terpaksa tangguhkan plan aku nak kawen tahun ini. Aku sedar semua tu atas sebab-sebab yang aku nyatakan di atas.
Berita yang aku terima sekejap tadi. Aku tak nafikan yang aku eksaited.
Sebab eksaited, aku nak cerita dengan dia. Cepat-cepat. Sbb aku rasa berita ni berita gembira untuk kami.
Aku : Awak, mak ayah dah setuju kalau kita nikah dulu.
Dia : Ye ke mak ayah setuju?
Aku : A'ah. Apa pendapat awak?
Dia : Saya bincang dengan mak ayah saya dulu.
Aku : Saya nak tau apa awak rasa dulu.
Dia : Saya malu.
Aku : Sebab apa?
Dia : Yelah nanti sedara-sedara awak cakap apa pulak.
Aku : Diam. Terus takde mood. Terus rasa nak letak telefon.
Dia : *Realized* Janganlah sedih. Saya bukan tak sayang awak tapi bla bla bla .........
Dia malu? Dengan siapa kita patut malu sebenarnya? Aku ajak benda simple je wehh. NIKAH. Nak halalkan hubungan. Elak fitnah. Nak ikut ajaran Allah atau nak dengar cakap manusia?
Hmmm.
Dia : Awak marah ke? Awak sedih ke?
Aku : Taklah.
Sometimes I keep my feelings to myself because it's seems hard for someone else to understand them. Even to the close one.
Admit. Sedih. Bukan yang calang-calang. Even masa tengah type ni, aku nangis. Semahunya. Tak tahu nak expain macam mana bila dia tanya aku sedih ke tak. Betul ke lelaki punya ruang yang sekecil ini untuk faham hati perempuan?
What should I really answer? Aku just cakap tak. Aku tak marah. Aku tak sedih. Aku tak nangis. Sedangkan semua tu hanya tipu. Tak ke dia tau? Bukan kali je wehh. Masa nak tunang dulu. Masa nak plan tunang kali kedua. Masa plan nak merisik. Semua dia tolak. Semua. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi dah lebih tiga kali. Termasuk bila aku ajak nikah. Tolak.
For a while, I lost a word. Diam. Kaku. Terkilan.
Even dia cakap nak bincang dengan mak ayah pun, aku dah taknak. Sebab apa yang aku rasa, sebenarnya bukan apa yang dia rasa. Dari mula lagi.
*Stuck* Aku rasa aku baru bangun. Baru sedar. Dan aku nak berhenti. Berhenti dari meletakkan harapan yang menggunung tu. Berhenti merancang. Its such a waste.
Dah akhirnya untuk lapan tahun, aku sebenarnya belajar yang dia sebenarnya masih belum faham apa yang aku mahu, dan aku pun masih tak faham apa yang dia mahu.
Kalau awak baca post ni, saya nak awak tau, saya tak meragui sayang awak pada saya. Saya cuba faham situasi awak. Tapi saya rasa cukuplah setakat ini usaha saya untuk hubungan kita. Saya taknak tanya. Saya taknak tahu rancangan masa depan kita. Saya berhenti. Tapi saya tunggu sampai awak sendiri yang mulakan langkah pertama. Kita mungkin masih keliru tentang kita. Kita mungkin masih kabur dengan masa depan. Saya percaya dengan rancangan Allah. Titik.
No comments:
Post a Comment
Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)