Pages

Showing posts with label Inspired Quote. Show all posts
Showing posts with label Inspired Quote. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Kerana sayang


Ada ketikanya insan yang kita sayang, 
membuatkan kita dalam keadaan teruji

Ada ketikanya insan yang kita sayang, 
membuatkan kita terkeliru

Ada ketikanya insan yang kita sayang, 
selalu membuatkan kita terluka

Ada ketikanya insan yang kita sayang, 
semakin membuatkan kita terkilan

Ada ketikanya insan yang kita sayang, 
membuat rasa sabar kita kian menipis

Ada ketikanya insan yang kita sayang, 
mengguris hati kita hingga menitis airmata

Namun kita tetap menyayangi dia,
Kerana APA?
Kerana itu tanda kita menerima dia seadanya

Wednesday, October 10, 2012

Monday, October 8, 2012

I just can't believe it.

Sekarang ni tengah musim kawan kawan aku bertunang dan berkahwin. Bila tengok gambar gambar diorang semua, aku rasa macam teringin sangat nak tunang and kahwin. Tapi tiap kali aku ajukan soalan tu pada Zul, dia lantas tukar topik. Paling sedap pun ayat pujuk. It's not becuase he not ready yet. Cuma dia kata dia perlukan masa untuk kumpul harta dan duit yang cukup.

Aku sebenarnya tak salahkan dia. Aku faham dia nak kami hidup dengan selesa nanti. Aku faham dia nak buat satu majlis yang meriah sebab aku satu satunya anak perempuan. Plus die pun belum ada permanent job. Aku faham sangat. Tapi naluri wanita aku ni. Tak tau kenapa nak sangat kahwin. 

Orang kata elok kahwin awal bila memang dah wajib nak kahwin kan. Means, bukanlah kitorg tak boleh nak kawal apa pun, cuma aku nak jadi seseorang sentiasa ada dengan dia. Yang boleh masakkan dia sebelum dia pergi keje, yang boleh jadi peneman dia untuk berkongsi masalah dan jadi isteri yang baik untuk dia. Tak tahu kenapa aku nak sangat semua tu. Bukanlah maksud aku gatal ke miang ke, cuma kalau kami kahwin, senang untuk buat apa sahaja berdua. Nak pegang tangan pun tak dosa. 

Banyak kali dah. Nak cakap berjuta,beribu kali and ntah yang keberapa kali aku tanya bila kita nak kahwin. Sejak zaman study lagi. Tapi dia tetap ulang ayat yang sama. Two years from now. Aku tau orang lelaki ni tak suka kita desak ni. Lagi lagi pasal kahwin. Mesti die fikir aku ni desperate ke? Tapi tak tahu kenapa laju and rajin je mulut ni bertanya. 

And semalam, aku macam tak sangka dan tak percaya. Tiba-tiba dia cakap,lepas lima bulan dapat keje,dia akan buat loan rumah dan kahwin. Kahwin? One years from now? Mula-mula mcm tak percaya dan tak boleh percaya. Sampai byk kali aku tanya. Lepas dah lima enam kali baru sedar yang dia betul betul serius.

Perasaan? Aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Perasaan tu halus. Sebak. Aku rasa macam tak percaya tapi aku kena percaya. Abang, terima kasih untuk jawapan itu. Jawapan yang aku tunggu tunggu untuk selama ini. Terima Kasih Ya Allah. 

I just wish for this

"I love it when I see old couples together, 
because it makes me believe that true love does exist"

When asked a couple what they did to stay together 65 years, the woman responded: "We were born in a time where when something is broken we fix it, we do not thrown it away"

Ohhhh how awesome and amazing. Pray for us :)



Saturday, June 2, 2012

Inspired #1

Ya Allah,
Jika saya bukan pemilik tulang rusuknya,
Jgn biarkan saya merindui kehadirannya,
Jgn biarkan saya melabuhkan hati saya dihatinya,
Kikiskanlah pesonanya dari pelupuk mata saya,
dan usirlah dia dari relung hati saya.

Gantilah damba kerinduan
dan cinta yang bersemayam di hati ini,
dengan kasih dari dan padaMu,
yang tulus dan murni,
serta tolonglah saya,
agar saya dapat mengasihinya sebagai sahabat.