Pages

Showing posts with label FoodPorn. Show all posts
Showing posts with label FoodPorn. Show all posts

Friday, February 12, 2016

MyBeautifulLadies

29 Januari 2016
Malam ni datang rumah Intan sebab Intan ada buat kenduri doa selamat sikit sempena Mak and abang dia balik dari umrah. Yang dapat datang cuma aku and Lily je. So here we areeee,



30 Januari 2016
Plan nak keluar sempena Intan balik ni. Alang-alang tu keluar sekali. Semua dah on nak keluar lepas Asar but last minute Syadut cancel on some reason. Khalis pulak tertidur. At the end, cuma aku Intan and Lily je can make it. So plan punya plan, Lily suggest lepak kat AliCafeSpecialityCoffe kat bandar. 





Pada aku tempat dia okaylah. Hipster and convenient. Makanan minuman pun not bad. Cuma service agak lambat even tak berapa ramai orang. Tapi bolehlah kalau nak bagi 5/10.

31 Januari 2016
Semalam tak puas lagi keluar. Harini keluar lagi. Kali ni dekat je. Cafe Hipster jugak, kat Abys Rock. Kat Taman Rinting aje. Bangga I chuolls. Harini kitorang order baby crab ngan ice blended mocha. And for this time aku rasa okaylah compare to last time. Ice Blended dia sedap. Coconut shake pun sedap. Fries Ian pun sedap. Hehehehehe. Lepas balik makan tu, pening fikir sesi bergambo cmne. Last-last lepak rumah Syadut, hah bergambo lah engkau puas-puas. Hahhaahha


Aby's Rock Cafe




We took so many pictures. Tapi semua tak jadi. Ko tgklah Lily tu. Kalau tak kepoh, dia tidur. Hahahahaha


And after the thousand shoot, finally dapat jugak nice one. 

Ni lepas dah penat-penat amek gambar, lepak dulu before balik.

Anak-anak malas melayan mak mak. Lantak kau lah mak.
Tengok Ipad lagi best. Hahahah
Comel tau. hehehehe

Till then. Ma'as-salamah :)

Tuesday, October 20, 2015

September and October Events

24th September 2015

Di saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihat keteguhan iman anaknya ISMAIL
Dikala itu bermulanya sejarah AGUNG,
ERTI SEBUAH PENGORBANAN
Selamat Hari Raya AidilAdha peeps!




26th September 2015
Attending Razali & Hana 's wedding reception.
Masa ni sedih sangat sebab aku ajak Khalis & Lily teman. Tapi dua-dua busy. Tapi takpelah. Aku bukan jenis yang ambil hati. Nasib baik Arab ada. Hey Arab, Im glad to have you. Love you.


Jangan tanya kenapa takde gambar pengantin. Aku datang awal okay. Saing-saing makcik kendarat. Yang penting niat memenuhi undangan. Hehe.

27th September 2015
Dewan Jubli Intan
Attending Abu Hurairah & Syima's wedding reception.
Berdua je dengan Lily.
Sphagetti dia sedap. Dua kali aku dengan Lily tambah. Haha
Btw, Tahniah Abu!



1st October 2015
My month. I hope it's gonna be an awesome month!


4th October 2015
Malam tu. Lily ajak pergi makan cucuk-cucuk. Tapi lepas tu Lily terfikir nasi lemak dekat LHDN tu. Gerak pergi sana, bila sampai tutup. Dengan pasrah, pergi Majidee. Balik pada plan asal, Tup tup bila sampai sana tengok abang tu dah kemas-kemas nak tutup. Huhu. Sedih. Then nak gerak balik tu, Lily ternampak restoran yang jual mee bandung. Lily cakap sedap. So, orderlah masing-masing Mee Bandung Udang tiga. Sekali sampai portion die besar nak mampus. Udang besar-besar gajah. Tapi aku dengan Khalis surrender tengah jalan. Lily abeslah. Gila kau Ly. Perut apa kau ni. Hahhahha. Okay gambar muka happy sebab kenyang gilos.



10th October 2015
Happy Birthday Syadut.
Kitorang just wish through whatsapp. 
Btw dut, I wish you a very Happy Birthday. May Allah bless you always. May Allah grant all your wishes and doa. And May Allah protect you and your family in wherever you are. Love you bestie :)


Harini ajak Khalis teman pergi Sugarscarf. Berkenan pulak dengan design baru madison scarf tu. Sampai-sampai terus sambar dua. Fuhhh. Beli Azie beli. Lepas tu baru rasa menyesal membeli. Hahhaha. Lepas tu singgah Zawara. Tengok collection baru dia. Tapi tak berkenan pulak bila dah test. Baju yang berkenan tu tinggal yang reject aje. Tak jadi beli. Lepas tu niat dalam hati, mungkin Allah tak bagi beli sbb dia suruh berjimat. Mungkin kan. Mana tau Allah jentik hati ni ke? Hihi

Then ajak Khalis pergi try Bits and Bite tu. Lily kata salmon steak dia sedap. Hahhh bila dah sampai aku rasa okaylah. Kuah dia sedap. Portion pun besar. Recommended!



13th October 2015
My birthday.
I received too many beautiful doa and wishes.
Thanks for those remember it. Love you guys.


14th October 2015
Accompany Mak to her meeting at RJCC.
Tak tahu jalan. Lily tolong guide.
Btw Thanks Ly!

Us after sending Mak.

15th October 2015
Went out with Khalis even Im MC. Hahahah
Khalis jemput kat rumah.
Bila keluar, memasing gelak. Baju sama. Hahahhaa
Dari haritu. Hitam. Lepas tu harini kotak-kotak.
Esok tak tahulah. Heheh


20th October 2015
Happy 9 Months Little Sugar :)


Sekarang dah pandai merangkak, berdiri. Gigi je tak tumbuh lagi. Tapi doa ibu sentiasa Medina diberikan kesihatan yang baik. Shayang busyuk Ibu ni. Mmuahhhh :)

Sunday, January 18, 2015

OneDayAfter

One day after Khalis & Salehan Engagement Day,

As Usual,
SISTERHOOD OUTING :)




Location : POTS Johor Bahru. We have so much fun!

Tuesday, April 24, 2012

Saturday Lunch.

Bismillah. 
Hari ni buka blog tengok setting blog dah lain. Kelam kabut aku tengok. Macam mana nak buat entri baru pun aku tak tau. Apa kejadahnya semua ni? Haha. Secara serius, aku tak suka blog baru ni. Macam complicated. Tapi, tak taulah nanti kalau dah lepas explore.Tak boleh nak cakap apa lagi.  Maybe better or maybe worse. Tapi masalahnye, aku malas nak explore lerrrr =,=

Aniway, nasib baik blh buat entri baru ni. Cuma, aku dah lupa macam mana blh buka entri ni tadi. Aku memang macam ni, senang sangat lupa sedangkan aku baru bukak entri ni dua minit yang lepas. Banyak kunyah semut gamaknyee!

Okay, panjang sangat intro entri ni. Tu lah blog ni sape suruh buat setting baru. Hilang mood kejap tau. Haha. Okay, berbalik pada tajuk entri ni, hari Sabtu lepas kitorg pegi lunch di Pekin Taman Johor Jaya. Before pergi tu kitorg dah bertekak dengan Chinese chinese kat office ni, yelah tak sure halal ke tak. Tapi Alhamdulillah,Pekin ni halal. Memasing dengan perut lapar, tepat jam dua belas, kitorg dah siap matikan ekon bagai. Yelah bukan senang tau company ni nak belanje. Kedekut tahap Haji Bakhil ni. Ni pun sebab Simon nak introduce wife dia kat kitorang semua. Kalau tak, jangan mimpilerr. Masing-masing senyum lebar bila makan free termasuk aku. Hehe

Sampai je kat sana boss sume dah tunggu. Dah amek part. Kire kitorg lambat lah kan. Macam biasa, dengan slumber amek tempat duduk memasing. Hehe. Agak agak dalam setengah jam tunggu, barulah kitorg dapat first serve.

Jeng Jeng Jenggg

Hah nilah makanan pertama kami.
Sedap sangat makanan ni,
Sampai kitorg tak sempat nak amek gamba. 
Just perhiasan udang ni je sempat amek.
Licinnnn, tak taulah sebab sedap or
sebab memasing lapar, ahha

Lepas tu, datang pulak sup ginseng ni.
Mula mula tengok mcm xnak makan.
Tapi lepas dah rasa, dua kali aku tambah.
Haha

Ikan pulak. Nampak tak kuah dan buah-buah tu?
Kat situ ada isi ikan,epal hijau plus buah naga.
Isi ikan digoreng tepung,memang ranggup.
Tambah pulak dengan kuah yang agak spicy
and buah epal hijau+buah naga yg masam.
Memang semua rasa masam manis pedas semua ada.
Complete, sedap takyah cakaplah. Ewahh!
Pengkritik hebak ni. Haha

Lepas tu, makanan yang atas ni.
Aku tak makan,kenyang gile masa ni.
Bagi makanan turun kejap.
Tp, Nida makan sampai licin udang tu.
Sedap agaknye, hehe

Ni cendawan+brokoli masak sos tiram.
Aku suke brokoli je kot. 
Okay Okay je lah.

Ni yang aku tunggu and nantikan.
Chicken Lemon.
Rasa ranggup and masam-masam.
Tak ingat berape ketul aku bedal.
Yang penting rasanye sure sedap!

Lepas tu diorg hidang ni. 
Apa namanye pun aku xtau.
Cuma aku tahu yang bawah tu su'un goreng.
Then yg macam cake tu keladi rebus.
Dalam dia ada sayur+kacang.
Tan kata ni makanan traditional diorang. 
Tp diorang tak makan macam yang kat atas ni.
Diorang gunting keladi tu.

Tadaaaa,macam ni lah bentuk keladi tu bila dah digunting.
Sedap jugak keladi tue. Hehe

Sekian lama kami menunggu, akhirnya.....
Keluar juga nasi.
Bayangkan dari mula tadi makan lauk jerk!
Biasalah Chinese Style.
Sampai je nasi, kitorg terus serbu.
Kak Siti lagi takyah cakap.
Memang favourite dia nasi. Haha.
Tapi yang sedihnye, baru mkn semangkuk diorag dah angkat.
Baru feeling feeling nak tambah. 
Haih =,=
Btw, rasa nasi goreng tu mmg mabeles. Huhu

And last one is desert.
Coconut desert.
Tak leh nak cakap ape, memang sedap.
Rasa coconut and biji sagu tu, walllah :)
Pehhhh mmg terangkat lah!



Alhamdulillah, kenyang giler. Overall, memang semua sedap-sedap. Kire tak rugi lah Sally booking satu meja RM900. Emegin kalau boss baik, mesti tetiap minggu dapat makan sedap macam ni. Tapi, dalam mimpi jelah. Haha.

Sebelum balik, mesti bergambau dulu. Hehe

Bos boss. Siap order Haneiken lagi.
Except En Tuan Azman.
Yang baju putih kedua belah kiri tulah boss aku.
Tak garang,okay okay jerk.

And last one,
say cheeseeeeeee :)

Nida, Kak Nurul and Me :)

Okay, bye!