Pages

Showing posts with label Down. Show all posts
Showing posts with label Down. Show all posts

Tuesday, January 19, 2016

:(

Yes Im woman.
I push doors that clearly say PULL.
I laugh harder when I try to explain why I'm laughing.
I walk into a room and forget why I was there.
I count on my fingers in math.
I hide the pain from my loved ones.
I say it is a long story when it's really not.
I cry a lot more than you think I do.
I care about people who don't care about me.
I try to do things before the microwave beeps.
I listen to you even when you don't listen to me.
And a hug will always help.
Yes Im a woman.


Betul weii. Aku perempuan. Aku tau aku macam mana. Lapan tahun kita kenal. But you never know to exactly spell my full name. Ye, maybe ko anggap benda tu cliche. Tak penting. Remeh temeh. Tapi bukan untuk aku. Aku marah. Sebab aku tak rasa aku orang penting untuk kau. Takkanlah kau langsung tak pernah nak amek tau macam mana nak eja nama penuh aku? Then bila aku cakap, kau marah aku balik. Serius wei, untuk kali ni aku betul-betul terasa dengan layanan kau.


Monday, December 28, 2015

:(

Sabah Trip?
Sejujurnya sebelum pergi haritu, aku rasa excited sangat.
To meet love one after long period, is one of the biggest happiness for me.

Tapi bila sampai sini. Aku rasa kecewa.
Huge dissapointed. A very big one.

I dont want to tell more.
Just let me keep it myself.
What to do?

You choose that man.
So bear it Azie!

Friday, December 11, 2015

Hurt.

A quick update.
Because Im really HURT.


Pernah. Bukan sekali je. Banyak kali. What a person actually want to do? I just want to be appreciated. At least bila aku masak, tolong hargai. Bukan dengan cakap terus-terang, yang lauk tu dah bagi kat orang sebab takde orang nak makan. Sedih. Rasa useless sangat.

Bila aku masak, marah. Cakap taknak makan lauk ni. Kenapa masak? Siapa nak makan? Bertubi-tubi soalan. Dengan pihak yang satu lagi, marah. Sebab tak masak. Sebab aku taknak tolong. Bukan weii, bukan aku malas. Aku blh masak. 4 jenis lauk pun tak kisah.

Tapi, bila orang marah, aku down. Rasa mcm tak dihargai. Langsung. Yang pihak ni macam ni, pihak yang satu lagi macam ni. Keliru. Kadang-kadang aku malas nak layan perasaan ni. Malas nak amek port. Sebab in the end, aku jugak yang menangis.

Biasa. Tapi sampai bila?

I want. Want to move on. But I just can't. Its always stuck in the middle.

Maybe I should. Learn how to forgive and forget.


Percaya yang Allah sentiasa ada. Jatuh Bangun. Susah senang. Menangis Ketawa.
Ya Allah, sentiasalah pinjamkan aku kekuatanMu. Amin.

Monday, October 5, 2015

Unhealthy Environment

Relationship with love : Not so good. He keep avoiding me. He come up with so many excuses. The TRUST is still there. But it decrease. I just hold myself on. I just always think in positive side. He said he have too many works. I keep pray that this he is telling me the truth. Even Im far away, the feel keep coming. That's really make me uncomfortable. Berserah pada Allah. In the end.















Strong quote like this make me feel stand. I hope I can hold on. Allah, pinjamkan aku sedikit kekuatanMu.

Relationship with Mak : Everytime I try to explain something, that everythime Mak must misinterpret. I don't want to make things harder & difficult. But when it comes to apologize, I just prefer silent. Sorry Mak. But I love you. Unconditionally.

Relationship with Boss : She seems never trust me. Feel like Im giving up already. Move on Azie. Move on!

Tuesday, June 2, 2015

Freaking tired

Kerja. Kau rasa itu yang paling penting.
Kerja. Kau rasa kau buat semua tu untuk kita.
Kerja. Kau rasa kau je yang betul tentang itu.
Kerja. Kau harap aku je yang memahami.
Kerja. Kau buat benda tu paling terpenting.

Tapi.

Aku disini setiap hari tunggu.
Aku disini setiap hari cuba memahami.
Aku disini setiap hari fikir.
Aku disini setiap hari menangis.
Aku disini setiap hari rasa mcm tak di perduli.

Tapi.

Kau tak fikir.
Kau tak rasa.
Kau tak faham.
Kau tak empati.
Kau tak mengerti.
Kau tak sedar.

Tak kira. Berapa kali. Beribu kali. Berulang kali. Aku ulangi.

Takpe. Kalau suatu hari nanti kau faham.

Mengertilah, hati ini tak mampu memahami.
Mengertilah, hati ini tak nak mengerti.
Mengertilah, hati ini rasa dikhianati.
Mengertilah, hati ini rasa dilukai.

Aku tau.
Fitrah kita berbeza lelaki dan perempuan. 
Kalau kau hati besi, aku hati tisu.

Dan terkadang, perkara yang kau nak aku faham, aku buat-buat tak faham.
Terkadang, perkara yang kau nak aku mengerti, aku saja buat tak tahu.

Kalau kita tak sehaluan di masa sekarang, apa lagi yang akan terjadi di masa hadapan?

Wednesday, May 27, 2015

H to the O to the P to the E

Please send me a positive vibes.

"We suspect an appendix"

I know you are strong Mak! Please. Speedy recovery!

Thursday, April 30, 2015

Sorry Just Put The Blame On Me.


Maaf sebab menyusahkan.
Maaf sebab annoying.
Maaf sebab tak pernah faham.
Maaf sebab selalu merungut.
Maaf sebab asyik menyalahkan.
Maaf sebab tak bersyukur.

Those words.

MAAF sebab saya tak pernah cuba yang paling baik untuk diri awak.

Monday, April 6, 2015

Unexpected


Dua hari lepas aku ada tanya Pajul, pernah tak family dia cakap apa-apa tak pasal aku. Mula-mula dia mcm cover jugak. Lepas aku mintak dia jujur, then baru dia explain. Dia cakap yang Kak Dayang dan Nana pernah suruh dia cari lain. Diorang cakap bukannya Pajul takde rupa, kerjaya pun ada. Pajul cakap yang dia tau yang support aku cuma Kici dgn Irah.

Aku tak sangka, sebab perkara ni jugak pertunang kitorang haritu ditangguhkan. Sebab diorang cakap macam-macam untuk buat majlis tu jadi tertangguh. Bila Pajul berkeras diorang cakap Pajul tu anak derhaka. 

Aku tau weii aku sedar yang aku ni tak setanding diorang. Deep down hati ini sentiasa terdetik yang aku ni tak layak langsung untuk Pajul. Aku tau dia ada rupa. Diorang tu semua lawah-lawah. Tak macam aku. Banyak sgt kekurangan kalau nak compare dengan diorang.

Untuk kali ini, aku betul-betul mengalah. Aku betul-betul menyerah. I don't want to put any hope. Jika Allah dah tulis dia jodoh aku, aku terima dengan seikhlas hati. Tapi kalau bukan, aku doakan yang paling baik untuk dia. 

Aku serahkan bulat-bulat pada dia keputusan tu semua. Aku taknak tanya lagi pasal persiapan apa-apa. Kalau betul dia bersungguh, aku nak dia buktikan semuanya yang dia memang dah sedia untuk aku. 

Sorry to have be like this Pajul. I'm so hurt.


Friday, January 23, 2015

Bingung.

Jujur, hati ini sangat sakit sekarang.
Aku berperang dengan perasaan aku sendiri.
Emosiku terusik.
Mentalku terganggu.

Semua perkara yang aku buat serba tak kena. Benda yang aku rancang untuk dua tiga bulan itu, hancur pergi macam tu sahaja. Aku buat semua dari mula hingga akhir. 

Dari tahun dua ribu tiga belas lagi, aku dah pun siap-siap beli hantaran. Aku beli sikit demi sikit. Sebab aku tau, aku takkan mampu untuk buat semua sekaligus. Aku tau mcm mana aku. Aku bukannya berduit, untuk beli barang yang sama dengan kehendak aku. Jadi aku pupuk hati, simpan dan beli. Biar lambat dapat. Tapi ada hasilnya.

Dari bulan dua belas dua ribu empat belas, hampir setiap hari aku survey flight ticket. Hampir setiap jam aku bukak semua laman web syarikat pernerbangan. Hampir setiap waktu aku habiskan untuk ini. Tujuan aku cuma satu, beli tiket untuk bawa keluarga dia kemari.

Aku curi sedikit waktu kerja untuk urusan peribadi. Aku telefon semua orang untuk homestay. Aku survey satu persatu yang mana murah dan selesa. Tapi sayang, yang murah tulah yang berduyun-duyun orang rebutkan. Dan untuk itu, aku terpaksa mengalah. Aku cari lagi rumah. Mahal sikit tapi lebih selesa. Mujur akak tu baik. Berurusan dengan dia buat aku bersyukur kerna Allah permudahkaan setiap rundingan aku dengan Kak Midah. 

Aku sanggup berhari whatsapp dengan Amy. Runding harga serendah mungkin untuk hantaran aku. Atas dasar kawan, Alhamdulillah, aku dapat sesuatu yang baik dengan harga yang berpatutan. Aku lepaskan gopro demi membayar duit gubahan hantaran. Aku tak menyesal sekali pun tidak. 

Aku survey setiap sudut harga untuk catering, khemah, bridal. Setiap hari aku telefon untuk kepastian harga. Untuk membuat keputusan perbandingan bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi aku gagahkan diri, biar biasa biar sederhana majlis itu tapi insyaAllah hasilnya buat aku puas hati.

Untuk setiap isi yang aku taip ini, setiap kali itulah air mata ini menitis. Bukan, bukan aku hendak merungut, bukan untuk aku tidak menerima, aku percaya semua ini adalah dugaan untuk kami. Tapi untuk menangguhkan segalanya ke bulan lima bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami. 

Setelah aku sendiri menguruskan segalanya. Setelah pahit aku lalui. Setelah aku berdikari untuk semua ni. Aku uruskan dari sekecil benda hingga sebesar perkara. Tapi tak siapa nampak usaha aku walaupun hanya sekecil bata. Aku bukan menagih mintak simpati, aku bukan menagih uang dan ringgit. Aku cuma harap sokongan kalian. Sokongan dan restu agar kami boleh melalui segalanya seperti pasangan yang lain.

Cuba faham, hati ini tidak boleh menerima alasan yang sebegitu. Cubalah untuk mengerti sebab kita bukan punya banyak masa untuk penangguhan ini.

Tapi, bila aku berbalah tentang ini, semua hanya tahu memaki. Semua hanya tahu membela diri. Semua rasa yang betul hanyalah diri sendiri. Tapi aku, yang membuat segalanya. Bukankah seharusnya hati ini yang lebih terasa sakit dan pedihnya? Sakit sebab semua orang tak pernah peduli. Pedih sebab rasa aku yang bersungguh untuk ini. 

Aku tau aku bukanlah harapan. Aku tahu aku ni hanya menyusahkan. Tapi untuk yang ini, aku sendiri berjanji yang aku takkan susahkan sesiapa. Aku takkan libatkan mereka. Aku rela susah atas usaha aku sendiri. Takpe, biar aku keluar duit sendiri. Dari diungkit-ungkit suatu hari nanti. Tapi bila aku buat keputusan untuk melalui segalanya dengan sederhana, mengapa mereka yang berterusan membantah? 

Tuesday, January 6, 2015

Jangan pernah


Jangan pernah serahkan bulat-bulat kepada saya.
Kerna saya tak tahu dari mana untuk mula dan dimana untuk berakhir.

Jangan pernah terus biar saya sendiri.
Kerna saya akan terus hanyut dengan impian dan harapan hati.

Jangan biar saya kenal erti putus asa,
Kerna nanti takkan ada peluang untuk bertanya mengapa. 

Jangan biar hati saya terus disakiti.
Kerna tak semua perkara boleh dimaafi.

Dan jangan pernah membuat kesilapan lagi.
Kerna jarang-jarang ada pelangi selepas hujan berhenti.


Saturday, June 21, 2014

Tewas.

Hati ini walaupun seringkali disakiti, walaupun seringkali rasa dikhianati, tetap tidak mahu mengalah. Tetap dengan pendirian itu. Berkeping-keping jadinya bila acapkali itulah yang diingatkan, itulah yang sering dicakap-cakap tetapi itulah yang selalu dicari. Tanpa henti. 

Sungguhnya luka ini dalam. Pedih ini belum ada ubatnya. Tp sifat itu sukar untuk aku hapus. Gi mana lagi caranya. Buntu. Akhirnya aku sendiri tewas dalam sedar. 

Tuesday, June 3, 2014

Belajar.

Dalam gembira dia, dalam suka dia, dalam gelak dia, ada sedih aku, ada tangis aku. Mungkin aku diam. Bukan mungkin. Bukan aku cuba diam. Bukan aku taknak melepaskan. Tapi untuk apa mengekspresikan riak ini, kalau akhirnya aku juga yang terpaksa mengalah?

Aku tahu dia sayang. Aku tahu dia cinta. Tapi bukan begini yang aku harap. Sayang yang tiada berpada. Cinta yang tiada sempadan. Lupakah dia, syurga dia masih dibawah telapak kaki ibunya? Tiadakah rasa cinta dan sayang untuk dia, Ibu yang melahirkan dan membesarkan?

Ya, aku gembira. Aku bahagia. Bertuah sebab masih ada yang sayang. Masih ada yang mengambil berat. Tapi aku tetap terasa. Tapi apa boleh buat? Hendak tak hendak aku harus biasakan dengan perkara ini. Dengan keadaan dan situasi sebegini. Kerna aku tahu, aku bukan lagi yang satu. Aku harus belajar untuk berkongsi. Bukan dengan satu, bukan dengan dua tapi TIGA. 

Cukup atau tidak kasih itu selama ini, tidak perlukah aku ukur. Tidak perlu aku perhitungkan. Selayaknya hanya untuk membalas jasa. Cukuplah aku rasa itu untuk dua puluh enam tahun. Walau belum puas, walau tak berapa nampak, tapi dia tetap yang aku harus hormati. Yang tetap harus aku sayang. Sampai bila-bila. Sampai akhir hayat.

Aku akan pergi. Mengorak langkah. Kehadapan. Untuk kebahagiaan aku. Untuk kedamaian hati ini. Mujur, aku tidak seorang. Janji kan, walau kemana, walau susah mana, asal kita berdua, janjilah untuk kita sama-sama bahagia. Walau ada terasa hati, walau ada marah dan benci, biarlah rasa kasih itu tetap abadi. Berdua. Bersama-sama.

Thursday, February 27, 2014

Jangan pernah sekali.

Dan bila aku mula untuk meluahkan, dia macam tak faham. Setiap kali. Pasti berakhir dengan pertengkaran. Yang mana masing-masing mula mencari jalan selamat. Diam untuk dua tiga hari. Selalunya aku tak akan memulakan dulu. 

Ya, aku tau berdosa. Besar! Tapi salahkan kalau aku cakap untuk kebaikan bersama? Aku bukan ckp unuk kepentingan aku. Aku bukan ckp kosong. Tapi aku tak pernah tau dan tak pernah faham kenapa dia hanya marah setiap kali aku yang menegur. Perasaan aku ke sampai orang lain sedar akan itu?

I'm healing myself. Alone.

Aku pujuk hati ini untuk bersyukur. Untuk menerima seadanya.Takpe, kalau orang dah tak perlu aku disini, aku boleh pergi. Jauh. Senyap dari kalian. Walau aku cuba usaha untuk kekal disini. Takpe orang tak nampak itu semua bila aku ada. Tapi kalau aku pergi, jangan pernah merindui aku. Walau sekali. 

Tuesday, January 7, 2014

Maaf.

Benci bila aku sendiri yang menjauhkan diri, tetapi akhirnya aku juga yang terluka. Dalam.

Benda yang selalu jadi pada diri aku. Setiap kali aku cuba pertahankan ego, setiap kali itulah akhirnya aku juga yang tewas. Menangis jugak di penghujungnya. Malam tahun baru, aku harapkan perubahan pada hubungan itu. Tapi aku silap. At last kita end up dengan tak berhubung. Satu hari, dua hari tetap sunyi. Ego masing-masing meninggi. Pada aku, menjauhkan dan menyepikan diri adalah yang paling baik.

Dan akhirnya, bila aku terlalu sepi, aku mula kembali. Tapi janggalnya, aku rasa kita bukan yang dulu lagi. Kita terlampau ego, hingga akhirnya aku rasa sedih setiap kali kita berhubung. Jujur, tidakkah engkau juga merasakan apa yang aku sekarang?

Aku kecewa kerna kau tak meletakkan satu kepercayaan untuk diri aku. Sedangkan aku bermati-matian untuk setia. Ya, aku pernah meruntuhkan rasa percaya itu, tapi untuk apa peluang kedua jika kau masih terus meragui aku? Bukankah sepatutnya curiga itu telah pergi di saat kau memberi satu lagi peluang untuk aku? 

Kau tak tahu, dan aku tak tahu sama ada kau ingin tahu. Aku rasa kosong. Sunyi. Jauh. Tapi acap kali aku ucap, setiap kali itulah aku dengar satu jawapan yang sama. Maaf. Aku bukan cuba untuk mempertikaikan usaha kau, tapi aku belum nampak lagi apa yang kau mahukan sebenarnya. 

Aku malu untuk setiap kali bertanya tentang hubungan kita. Aku malu untuk bercakap lagi tentang itu. Sebab aku seolah perigi mencari timba. Sebab akhirnya kita akan berakhir dengan satu pertengkaran. Bukan penyelesaian. Aku tak tahu dengan siapa aku harus meluahkan. 

Aku tau kau tak faham. Kau tak faham dan takkan pernah faham. Dan aku takkan lagi memaksa kau untuk faham. Kalau kau gembira dengan cara kita sekarang, aku ikut. Aku taknak tanya lagi. Aku rasa penat. Dan maafkan aku kerna selalu menganggu kau dengan soalan-soalan ini. Maafkan kerna aku tak pernah cuba untuk faham. Maafkan kerna aku meragui kredibiliti kau sebagai lelaki. Maafkan aku untuk tidak bisa jadi yang lebih baik untuk kau. Maafkan aku sebab aku menjauh dan menyepi.

"Betapa sakitnya apa yang kurasa,
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka"

Monday, June 11, 2012

Hari ini

Hari ini aku terima perkhabaran itu. Hari ini aku berdoa agar dia jauh dari itu. Hari ini aku berdoa agar dia diberi kesihatan yang baik. Namun perancangan Allah itu pasti ada hikmahNya.

Namun,

Jauh disudut hati ini, aku sangat sedih. Jujur, sedih yang bukan kepalang. Mengalir juga air mata jernih ini bila itu yang ayah ungkapkan. Aku tak kuat. Tak kuat langsung untuk menerima berita ini walaupun keputusannya masih diperingkat awal. Aku tahu aku belum cukup kuat untuk menerimanya dengan redha.

Ya Allah, aku mohon padamu Ya Allah. Jika Engkau boleh pindahkan sakitnya kepadaku, maka Engkau pindahkanlah. Sembuhkanlah dia, sesungguhnya aku hambaMu yang lemah lagi hina tidak mampu untuk menghadapi dugaan ini.  Aku terlalu sayangkan dia. Ya Allah, Engkau berilah aku masa agar aku dapat bermanja dengan dia sepuasnya, agar aku dapat membalas jasanya, agar aku dapat memenuhi segala kehendaknya. Aku mohon padamu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku meminta dan hanya Engkau sahaja yang dapat memakbulkan doa-doaku. Amin Ya Rabbal Alamin.


Sunday, January 15, 2012

Actually, aku decide balik JB sepenuhnya bila aku dapat tau yang mak tak sihat. Mak macam takde kawan. Macam sunyi lepas Arab pegi Uitm. Start dari hari tu, aku decide nak duduk JB. Even masa awalawal tu memang aku dah plan nak duduk Melaka. Nak cari keje sana.

Aku balik JB sebab aku fikirkan mak. Aku fikirkan kesihatan dia. Tapi baru dua hari aku kat JB, layanan mak pada aku lain je. Aku betul betul rasa terpinggir. Aku tak pasti sama ada itu perasaan aku je ataupun memang betul betul berlaku. Sumpah, aku rasa macam nak nangis sekarang. Nangis tanpa henti.

Pajul, please take me away from this kind of feeling. Take me far away. I hate to feel like this. I hate be in this kind of situation. Tolong, bawa saya pergi. Aku tak sanggup nak duduk sini, betul betul tak sanggup. Bukan, bukan maksud aku nak melupakan jasa baik mak ayah, tapi aku cuma perlukan ruang untuk diri aku. Aku nak sangat berbakti, tapi aku takde peluang.

Mak, maafkan angah :(

Tak mampu untuk kuteruskan,

Sunday, October 9, 2011

TanpaTajuk

Baru sekejap tadi kami berjumpa. Baru sekejap tadi kami berbual mesra. 
Baru sekejap tadi.

"Abang ayang nak beritahu sesuatu"
"Hmm, apa dia?"
"Tapi abang kena janji yang abang takkan marah"
"Ya janji"
"Ayang beruntung sangat kenal abang. Ayang rasa abglah yang terbaik untuk ayang. Jangan tinggalkan ayang tau. Ayang ada abang sorang jerk"
Ya, baru je sekejap tadi itu yang aku ungkapkan.
Tapi kenapa ini yang mesti aku nampak.

Aku tau ni students dia. Tapi students pun sepatutnya ada batas. Dia tak fikir ke perasaan aku bila nampak dia bergambar macam ni? Serius aku sedih. Aku rasa macam nak lari jauh-jauh, jerit kuat-kuat and nangis semahunya. Can I lend somebody shoulder? I really feel like crying.

Am I crazy jealous on this small matter?
I am just love him and scare about losing him!

Sunday, July 3, 2011

Dengan sengaja

Sengaja aku matikan laman sosial ku, sebab aku kecewa sangat. Untuk apa masih terus bermain laman itu, jika kawan boleh buang buang, kawan boleh pilih pilih. Semua tekan butang ya jika dia cantik juga hensem.

Sengaja aku matikan laman sosial ku. Untuk apa masih membukanya, sedangkan kawan yang kita kenal, tak pernah nak hargai kita dalam itu. Takde sebabkan untuk aku masih terus bertahan?

Sengaja aku matikan laman sosial itu, sebab aku sedih. Sedih dengan perkara-perkara yang aku harap tak terjadi tapi itu yang aku lihat, itu yang aku nampak. Kukuhkan sebab untuk aku menyepi?

Sengaja aku matikan laman sosialku, yelah aku kan cikgu. Risau anak murid ternampak barangkali. Malu tahu yang cikgu bukan rupa cikgu. Mungkin. Haha

Sengaja aku matikan laman sosialku, walaupun aku masih perlukan itu. Perlu untuk menjadi sebahagian hidupku. Tapi kurasakan laman hidupku kini lebih bermakna dari laman virtual itu. 

Dengan sengaja aku buat semua ini, sebab aku mahu menghabiskan masa untuk diri serta keluarga. Juga untuk ilmu-ilmu Allah. Sudah tiba. Inilah masanya. Doakan aku kawan!

Rindunya pada Rasulullah. Rindu sangat!

Monday, June 6, 2011

Worse

Idk what she talk about me.
But I'm really nervous and scare to face her. Really.
Allah, help me please.

Friday, June 3, 2011

Mood: Sad

Everybody keep point out their finger to me.
What else I want to do?
That's just my request.
Please understand my feeling.
As a women, I want all that :(

Okey, my bad!