Pages

Sunday, July 3, 2011

Dengan sengaja

Sengaja aku matikan laman sosial ku, sebab aku kecewa sangat. Untuk apa masih terus bermain laman itu, jika kawan boleh buang buang, kawan boleh pilih pilih. Semua tekan butang ya jika dia cantik juga hensem.

Sengaja aku matikan laman sosial ku. Untuk apa masih membukanya, sedangkan kawan yang kita kenal, tak pernah nak hargai kita dalam itu. Takde sebabkan untuk aku masih terus bertahan?

Sengaja aku matikan laman sosial itu, sebab aku sedih. Sedih dengan perkara-perkara yang aku harap tak terjadi tapi itu yang aku lihat, itu yang aku nampak. Kukuhkan sebab untuk aku menyepi?

Sengaja aku matikan laman sosialku, yelah aku kan cikgu. Risau anak murid ternampak barangkali. Malu tahu yang cikgu bukan rupa cikgu. Mungkin. Haha

Sengaja aku matikan laman sosialku, walaupun aku masih perlukan itu. Perlu untuk menjadi sebahagian hidupku. Tapi kurasakan laman hidupku kini lebih bermakna dari laman virtual itu. 

Dengan sengaja aku buat semua ini, sebab aku mahu menghabiskan masa untuk diri serta keluarga. Juga untuk ilmu-ilmu Allah. Sudah tiba. Inilah masanya. Doakan aku kawan!

Rindunya pada Rasulullah. Rindu sangat!

No comments:

Post a Comment

Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)