Pages

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Monday, August 15, 2016

#RaikanCintaLA #LAWedsJournal #LilyAmirSolemnization

Tarikh : 29 Julai 2016
Tempat : Masjid Taman Rinting





Im beyond HAPPY for you Ly. Akhirnya kan. Alhamdulillah. Syukur. Semoga menjadi isteri yang solehah!

Saturday, May 7, 2016

Another Memory Created

22 April 2016
Lily's Engagement
Tahniah Ly.
Semoga kau tak salah dalam keputusan ini.
Semoga kau tak kalah dalam perjuangan ini.
Kitorang sahabat kau, dari jauh atau dekat, sentiasa doakan terbaik walau apapun keputusan kau.
Akan sentiasa sokong kau. Jatuh ke bangun ke, kau tetap sahabat aku dunia akhirat.
Tahniah Lily & Amir.

Its 9.00pm and Lily is officialy someone fiancee.


Lepas tu bila dah abes majlis, kau taulah kan. Buat perangai buang terbiat tu. Haha

So the next day event adalah.....

OMAR AND LAILY WEDDING 

Omar dah kawen weiiiii. Haha
Tahniah Omar dan Laily.
Aku, Syadut dan Intan sempat jugak attend wedding Omar.

Pengantin baru sampai tapi kitorang dah nak balik.
Apapun Omar, Selamat Pengantin Baru.
Semoga bahagia hingga ke syurga :)
Okay yang ni rembat dr FB Apit. 
Ko tau Apit tu. Pengantin tgh berarak, sebok dia selfie dgn pengantin.
Lepas dh dpt satu gamba, blh pulak ckp
"Ni kawan saya ni. Tahniah Omar. Kwn saya dr darjah satu ni"
Sekuat-kuat alam pulak tu. Apit Apit. Hahaha
 Picture with Apit dan Shaza.
Apit, even dah nak jadi Bak, perangai mcm tu jugak.
Well, that's his speciality kot. Kehkeh
Ni hah kitorang. Amboii muka sebesar tempayan kau. Haha
Bye.

Sunday, May 1, 2016

Wedding Preparation Part 4 - Bridal Review

Entri bersambung Wedding Preparation Part 3

Ini semua adalah bridal yang aku dh survey.

1. Leenz Bridal & Deco House
Address : 73-01, Jalan Permas 10/1, Permas Jaya, 81700 Masai, Johor.
Pada aku harga dia sangat berbaloi. Affordable. Consider murah jugak. Ada banyak pakej untuk rumah dan dewan. PR pun okay. 

2. Seri Delima Bridal
Address : 4a, Jalan Impian Emas 7, Taman Impian Emas, 81300 Johor.
Ni adalah bridal yang aku jumpa hasil tag dari photographer aku. Pelamin dia sumpah lawah. Baju banyak dari Man Kajang which one of my favorite designer. Cuma Iolls tak mampu aje. Kalau nak boleh jumpa Abg Eddie atau Kak Lydia.

3. Mahakarya Ideas
Address : 96A, Jalan Flora Utama 8, Taman Flora Utama, Batu Pahat, Johor.
Aku dah pernah review tentang MKI dalam entri sebelum ni. Pelamin lawah gile, memang taste aku. Cuma out of budget. Tak boleh nak komen PR mcm mana, sebab aku tak jumpa depan-depan. Just whatsapp. Tapi memang entertain customer 24hrs. Yang ni memang aku suggestkan untuk korang yang suka tema-tema up to date. Akim dgn Stacy pun amek diorang weiii. Korang boleh refer entri aku sebelum ni untuk full review Bridal Mahakarya Ideas

4. Andaman Liza
Address : No 56, Jalan Mawar 46, Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.
Ni pun aku dh pernah review dulu. Price is very affordable. Kak Norly sangat-sangat ramah dan considerable. Memang tak susah nak buat bisnes dengan dia. 

5. The Sequin Bridal
Address : 11-01, Jalan Padi Emas 4/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor.
Kak Dhaya. Memang sempoi orangnye. Masa jumpa dia, tak sangka boleh berbual mcm kawan. Bridal ni baru lagi tapi suka cara dia hias pelamin. Nice sangat. Sapa-sapa yang suka banyak bunga, bolehlah amek bridal ni.

6. MzBridal House
Nampak bridal ni kat FB. Pernah usha tanya harga bridal. Tapi dia kata biasa dia amek catering free andaman. Boleh google untuk tau lebih lanjut.

7. Mega Bridal Creations
Address : 82/82A, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, Johor.
Pelamin dia Ya Ampun, lawah. Memang berkenan kat hati. Tapi biasa pelamin lawah, harga pun lawah. Den cakap terus terang, semua ni out of budget. Kalau ada orang yang budget RM7k and above, boleh booking bridal ni. Memang taste aku. PR pun bagus.

8. Izan Yacob Bridal
Abg Izan. Comel tau. Hahha. Aku jumpa dia dua kali je. Tapi sekali masuk dalam bridal ni, memang taknak klua. Rambang mata tengok baju-baju. Harga quite pricy tapi pada aku okay kalau nak compare dengan yang lain-lain. Yelah taste orang beza-beza kan. Dr apa yg aku nak tu, aku rasa dia je yg plg murah dan aku mampu. Hihi. And I have  choose this one. So Abg Izan, let's work together :)

Hopefully this thing is helpful for your future bride :)

Sunday, April 3, 2016

Wedding Preparation Part 3 - Bridal Review

Entri bersambung Wedding Preparation Part 2

Ahad / 14 Februari 2016

Harini pagi-pagi lagi dah ajak Arab teman. Excited sebab harini ada appointment dgn bridal yang aku suka sgt tgk artwork pelamin dia. A day before tu aku ada tanya Lily and Amy about that pelamin. Komen diorg "Cantik! Tapi mesti mahal" Dalam hati dgn berlagak ckp, takpe mahal sikit. Janji puas hati sambil doa-doa supaya taklah mahal sgt sbb ikut budget, just ada about RM5k to spend for this. Ni rough figure tau, jangan salah anggap pulak. 

Bila dah sampai, abg tu pun tunjuk flyer dia. 

RM9,850

Menangis air mata darah aku tengok harga bridal ni. Dahtu takde choice lain pulak tu. Hanya satu-satunya package untuk dewan. Lagi menangis bila abg tu cakap ini harga promosi. Kita ikut harga lama, and takde transport charge. Dua kali aku angkat kepala untuk make sure. Whatt? Harga promosi? Huhu. Hati ni mcm taknak percaya , siap doa supaya abg tu cakap "Eh sorry, ni harga kalau based kat KL" tp takde pun. Huhu

Menangis hati ini,
Ku juga bersimpati.

Sebelum keluar dari bridal tu lagi aku dh buat keputusan untuk reject awal-awal bridal ni. Satu sbb harga, dua sebab memang totally out of our budget. Maaf bang, mungkin bukan rezeki saya untuk bekerjasama dgn abg. 

Lepas tu petang ada appointment pulak dgn my choosen bridal. Klu korang refer pada entri aku yang Part 1, aku ada mentioned yang aku pilih sambil lewa, pilih ikut kesesuaian tarikh je. Hah ni lah bridalnye. Aku pegi untuk bincang konsep, nak tgk design baju and ambil resit deposit. Alhamdulillah everything went well, cuma aku belum betul-betul decide sama ada this is the bridal that Im going to choose. 

Klu korang curious knp jadi mcm tu, ni semua sebab photographer aku. U know dlm mencari photographer ni semua aku add lah to my FB friendlist including my OP. Bila tgk job-job yg dia cover, ada satu job ni buat aku tertarik tgk pelamin dia, which is about the above bridal that I mentioned. Bila dh minat kat kerja abg ni, mulalah aku compare dgn keje bridal yg aku dh pilih. And the result for me, their work is totally different. Of courselah yg cantik mesti yg mahal kan. Hahhaha. Lepas tu mulalah rajin weii. Terus ada buku untuk wedding preparation walhal sebelum tu aku malas gile nak buat even Intan dh advise for so many times. Sejak aritu, aku dh senaraikan 12 bridal yang aku minat hasil keje diorang. Aku survey semua dr blog review and kwn-kwn aku yang dh kahwin. Rupenye byk gile bridal kat Johor ni weii. Serius sebelum ni aku tak tau pon. Now, keje aku adalah untuk jumpa sume bridal yg aku dh survey. So two down, ten more to go. 

Isnin / 15 Februari 2016

Harini pagi-pagi dah busy. Sebok survey bridal lagi. Amboii kau, tak cukup eh 12 bridal yang dh ada tu. Kang byk-byk confuse kang. Tapi takpelah kot. Orang kata kahwin sekali seumur hidup. At least biarlah yang terbaik kan. Penat sikit takpe kot. 

Untuk wedding prep ni aku ada buat list. List ni pada aku memang penting. Masa duk survey-survey ni rasa mcm cukup aje budget, tapi bila dah dapat full list, baru tau oh yg ni tak buat lagi, oh yg ni mcm mana nk cover sbb takde dlm budget. Lepas tu baru menggelabah sbb baru perasan benda tu. Selalunya benda yg small matter. Intan lah yg bg aku full list and aku ada jugak jumpa another list dari FB. Kalau nak tau, boleh refer post aku yang sebelum ni.

Tengahari tu aku ada survey kat Mahakarya Ideas. Aku kenal bridal ni pun dari Ivanna sbb aku tgk pelamin dia cantik. Pelamin dia penuh bunga, which is not so me. Tapi aku suka cara dia mainkan kaler tu. Nampak cantik. Ada tone in between. Aku tgk FB page diorang, lepas tu aku whatsapp. Diorang tak ambil full cover untuk bridal, just untuk certain part je. Aku tanya harga untuk pelamin dewan, lepas tu aku bagi cth gambar pelamin and aku describe apa yang aku nak. Lepas dah bincang-bincang, dia kata rough figure utk pelamin aku tu dlm RM8k and tak include transport sebab diorang based kat BP. Aku tanya maybe diorang ada pakej dewan untuk RM5k. Dia reply cakap mostly diorg takde pelamin dewan below RM5k, kalau pelamin rumah dptlah. So okay, reject lagi. Tapi aku nak suggest, kalau korang ada duit sikit, ameklah diorang. Dijamin memang lawah gilos!


Ni contoh pelamin yang diorang ada. Ni memang taste aku. Aku sunga pelamin yang simple, elegan dengan gabungan warna white+cream+pastel, luas and tak nampak serabut. Ni preferences aku jelah. Tapi kalau korang ada citarasa sendiri, berbeza dr aku, blh try discuss dgn Mahakarya. Jgn condemn taste aku pulak tau. Hehe.

Petang tu ada appoinment dengan Kak Norly dr Andaman Liza. Pada aku pakej dia okay, affordable price and pakej semua bagus. Senang deal dgn Kak Norly. Dia siap ckp, ikut awak nak mcm mana, akk buat je. Klu taknak amek full pakej pun blh. Nanti akak pandai-pandai lah tolak. Dia siap cakap, kalau betul rezeki akak, InsyaAllah dik kita blh kerja sesama. Tapi tulah, aku still in the middle. Tgh buat comparison lagi. Yelah baru empat kan survey. Ada lagi lapan nak kena jumpa. Fuhhh! 

Niat hati nak buat grand sikit. Sikit jelah. Tapi mcm tak kesampain sebab byk lagi nak kena cover within budget yang ada. So yg mana boleh, aku just go on. Yg tak dapat, aku just let go. Tapi kalau ada rezeki lebih, bolehlah tambah-tambah sikit kan. Kalau korang rasa kecewa mcm aku, baca link kat bawah ni. Berguna sgt untuk cover rasa kecewa tu. Huhu. Redha jelah mak.


Oh ye. Ahad ni ada appointment dengan photographer and nak try set appointment dgn another two bridal. InsyaAllah klu sempat nanti aku review satu-satu bridal yang aku dh survey. Jangan risau nanti aku bg komen dr segi artwork, PR and yg penting price. Yelah nk adjust with budget kita yang paling penting pada aku. 

And one more thing, is this below link. Saje scroll FB, lepas tu nampak someone share this thing. I found this quite useful, sebab sebagai bakal pengantin aku memang lost untuk documentation things like this. Thanks tau. 

Monday, February 22, 2016

Sidik and Azirah Wedding

Alhamdulillah, tanggal 12 February aritu, Azirah dan Sidik telah pun selamat menjadi suami isteri. Dah jadi isteri orang dah adik aku ni. Tahniah Irah, Tahniah Sidik. Part yang sedih tu bila Irah msg aku hari Khamis before nikah dia. Dia minta maaf sebab aku tak dapat datang majlis dia. Aku cakap patutnya aku yang minta maaf sebab aku yang tak datang majlis dia. Dahlah antara semua dia yg paling aku rapat. Sedih betul tak dapat datang masa majlis Irah. Apapun rah, akak doakan Irah bahagia dengan Sidik hingga ke Jannah. Walaupun akak tak dapat nak datang, akak sentiasa doakan dari jauh rah. Semoga dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam apa jua. Semoga kuat dan tabah menghadapi dugaan sebagai isteri. Dan semoga dikurniakan babies yang pretty and hensem mcm mak and ayah dia. Semoga bahagia Rah!






Okay ni je gambar yang ada. Ni pun ihsan dari Irah and Pajul.

Till then.

Wednesday, February 17, 2016

Wedding Preparation Part 2 - Checklist Wajib!

Entri Bersambung Wedding Preparation Part 1

Okay as promised before, harini nak cite pasal wedding checklist. Checklist is the main thing to be prioritize. Sebab kalau takde checklist, kau boleh tersasar jauh dari landasan. Budget kau semua boleh terbang-terbang. Haha. Kalau untuk orang yang organize, biasa dia akan sediakan satu diari untuk setiap apa yang dia buat sepanjang persiapan majlis perkahwinan.

Untuk aku, ada 3 reference yang aku amek. And both from my sister's blog AsrafIntan's Wedding Checklist

Nak clear view, kat bawak ni aku dah siap-siap copy paste
1. Calon *PENTING
2. Budget *2nd PENTING
3. Wang Hantaran
4. Tema Nikah / Sanding
5. Kursus Kahwin
6. Tempah Tok Kadi
7. Kad Kahwin
8. Jurugambar
9. Videographer
10. Andaman
11. Make up Artis
12. Catering
13. Khemah
14. Menu
15. Bunga Telur
16. List Jemputan
17. DJ / Emcee
18. Performance
19. Honeymoon Plan
20. Dewan/Hotel
21. HIV Test
22. Spa / Saloon
23. Pengapit
24. Saksi Akad Nikah
25. Wali
26. Barang Hantaran
27. Baju Sanding
28. Baju Nikah
29. Goodies
30. Cinsin/Gelang/Rantai
31. Tempahan Bilik Hotel
32. Diet

Aku rasa list ni dah cukup complete. Tapi aku ada tambah sikit-sikit jugak mcm khemah, kerusi and meja untuk makan lepas akad nikah. For now, still tak decide lagi sebab tak tahu lagi nak nikah kat mana. Mak cakap suruh buat kat rumah je, tp aku prefer masjid. Nanti tengoklah macam mana, sebab aku tau in the end, Mak always win. Haha

Untuk yang second ni, Intan jugak bagi aku link. Aku dah bukak tapi aku ni jenis pemalas sikit. Malas nk membaca. Hahahah. Tapi boleh jugak topup-topup mana yang kurang dlm first list tu.


And this is the third one which I found in FB. Okay jugak. Cuma malas nak complicated tengok kotak-kotak. But easy to do.






Okaylah tu je kot yang boleh aku share. Ikutlah mana yang korang rasa senang nak follow. Semoga bermanfaat.

I would like to contribute a thousand thanks for my sister, Wan Nuraini. Intan, U know U helped me so much in my wedding preparation. Im so glad and thankful. Love you.

Thursday, February 11, 2016

Wedding Preparation Part 1

Assalam semua.

Entri ni adalah entri untuk persiapan majlis perkahwinan Zul dan aku.

Macam mana ek nak mula? Aku serabut. Tapi bukan sebab nak pilih mana satu bridal, nak pilih MUA, nak pilih dewan. Tak, aku tak serabut langsung pasal tu. Cuma aku serabut sebab aku tak tahu sama ada pilihan yang aku pilih ni adalah paling okay. Memang pada aku nak buat yang paling simple. Apa lagi kitorg ni belum ada stabil financial and saving. Yelah mana taknya. Banyak sgt yang nak kena tanggung. Belum settle satu dah datang lagi satu. Semua melibatkan duit pulak tu.

Buat masa ni, aku dah pilih bridal dgn photographer. Tapi aku tak tau sama ada okay ke tak bridal and photographer aku ni. Bila aku review balik semua yang aku pernah review before ni, mula dari magazine, blogger and kawan-kawan, aku rasa pilihan aku ni bukan yang terbaik. Aku buat semua sambil lewa. Aku just pilih dan book mana yang available. Tapi aku tak tau sama ada diorang akan hasilkan sesuatu yang terbaik. Aku cuma boleh berharap apa yang aku pilih tu boleh buat paling baik untuk aku. 

Alhamdulillah aku dah dapat booking dewan. Walaupun lokasi macam tak berapa nak strategik, tapi at least adalah jugak dewan untuk majlis resepsi. Sekarang ni tengah serabut fikir nak booking tiket flight untuk majlis merisik bulan 5 ni. Tapi kitorang tak boleh nak buat apa lagi selagi majlis Ira tak settle. Sebab selagi majlis ni tak settle, Pajul pun tak boleh nak tanya mak ayah dia. Kalau tanya je, mesti kena marah. Aku pun serabut jugak. Takut tiket jadi mahal. Harap-harapnya tiket akan jadi murahlah nanti.

Sekarang ni ada banyak lagi tak settle. Rasa mcm tak cukup je masa untuk prepare semua ni. Macam tak boleh nak decide lagi sama ada nak buat baju nikah ke tak, nak ada photobooth ke tak, nak ada videographer ke tak. Tak tau lagi. Aku ada checklist. Cuma tak tau, nak mula, nak start dari mana actually. 

Tapi apapun, aku akan tengok dulu budget kitorang. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah topup-topup mana yang aku teringin tu. Sebab buat masa sekarang, keadaan masih lagi tak mengizinkan. Bukanlah aku demand ngengada nak grand-grand, cuma kalau boleh sekali seumur hidup ni, biarlah meriah sikit. Hehehehe. Ramai kawan aku kata, kalau kita nak kahwin ni, benda baik InsyaAllah Allah sentiasa ada untuk tolong kita. Doakan yang baik-baik untuk kami ye. Amin.

Till then. Annyeong-hi gyeseyo.

Wednesday, December 30, 2015

Happy Married Newlyweds!

19 Disember 2015
Tabung Haji Hotel, Kota Kinabalu.
Tahniah for both of you!





And sorry. These is the only pictures that we managed to capture!


Saturday, November 28, 2015

#KhaliSalehan Wedd

06 November 2015
Lokasi : Masjid Taman Rinting





Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Khalis telahpun selamat menjadi milik Salehan. Selamat Pengantin Baru Salehan & Khalis. Kitorg memang tak sangka jodoh Khalis dengan Salehan. Mana taknya, sepanjang sekolah kitorg kenal, geng kitorg memang tak pernah langsung bertegur dengan geng Salehan ni. Al-maklumlah geng Salehan ni geng anti-perempuan. Haha. Kalau nak cite cakap dgn girls tu memang tak penah dgr langsung lah. Hehehe Tapi sebaik apapun rancangan kita, rancangan Allah tetap paling baik. Im so HAPPY for both of you. Sedih jugaklah, sebak sebab kau dah kahwin Khalis. Sedih sebab aku tak kahwin lagi. Huhu. Im gonna miss to hang out with you. Rasa tak puas keluar dengan kau, sebab masa terhad sangat kan? Tapi few weeks before kau kahwin tu, boleh kata setiap minggu kita keluar sesama kan? And each time kita hang out, baju mesti nak sama. Instinct as friend is stronger you know? Hihi




 
  

Teman Khalis bagi kad kahwin. Tak sangka boleh pulak dua-dua pakai baju kemeja kotak-kotak :)

07 November 2015
Lokasi : Dewan Taman Rinting















Masa majlis belah Khalis, Intan tak dapat nak balik sebab clash dengan majlis Farah. Tapi kita tetap dapat berkumpul masa majlis bertandang belah Lehan.

14hb November 2015
Lokasi : Kampung Sg. Rinting D

Salehan & Khalis before naik pelamis kali kedua :)


Aku dapat rasa masa ni keringat Khalis mesti dh mencurah-curah turun. Yelah mana taknya kemain panas berdenting lagi. Semua ahli silat kalau boleh nak bersilat pulak time tu. Pengapit pun payung diri sendiri. Khalis biasalah, puteri lilin you alls, Tengok ajelah muka dia yang berkerut seribu tu. Kitorang kat depan tu siap suruh senyum lebar-lebar lagi. Hahahahah

Gambar curi dari blog Intan. Thanks Tan!

#Alahsayang,
KakPaten I pinjam hestek You. Hihi

So that day, Intan balik. Alhamdulillah, Im so glad to met my sisters.








You know, ladies, selagi tak dapat the best picture, selagi tu amek je gambar. Sampai full memory. Lepas tu malas nak delete. haha. Tengoklah gambo yang last, camera-freak sgt. Btw, You all are the best thing happened to my life. Syg dunia akhirat.

Btw, Congrats Mohd Salehan Khalis Afiqah. Welcome to the club. Hah!