Pages

Thursday, January 20, 2011

Hai kenapalah kau macam ni?

Tujuan aku tulis entri bukanlah untuk memburukkan kau ataupun mengaibkan kau. Jangan risau tiada siapa yang tahu akan kewujudan blog ini ataupun entri ni. Dan jangn risau lagi tiada siapa pun mengenali kau disini, melainkan kau  adalah rakan kepada blogger dan blogger. Tetapi setakat ini aku pasti bahwa kau belum mempunyai apa-apa ruangan penulisan macam ni. Kalau kau dengan tidak sengaja terbaca, harap kau maafkan aku sebab apa yang aku buat ni tak lain adalah untuk kebaikan kau dan kita kita bersama.

Dulu, sewaktu masa dahulu, kau pernah jadi kawan aku. Baik pada aku. Aku takde masalah dengan kau. Walaupun sekarang, pada aku kau masih kawan. Walaupun macam-macam aku dengar tentang kau. Aku tak kisah semua tu. Tapi sejak kau mengaibkan aku, aku rasa dah tak boleh nak percaya pada kau. Malah aku susah sangat nak maafkan kau. Apa lagi nak tengok kau. Rasa menyampah sangat. 

Okey, kau datang minta maaf. Aku cite apa yang kau nak tau. Aku cakap kenapa kitorang marah sangat kat kau. Lepas tu, aku harap kita akan baik-baiklah. Aku okey je, takde masalah ape-ape. Tapi bila kau start buat muka, sorry to saylah, aku mmg takkan tegur. Aku cukup pantang, kalau aku tak buat salah, orang nak buat-buat muka. Nak jeling tak tentu pasal. Ikutkan hati memang rasa nak lempang je, tapi aku fikir, aku hormat kau sebab kau kakak. Kalau tak fikir tu, ada juga orang yang mati aku bunuh malam tu. 

Lepas tu jadi balik benda yang sama. Kenapa? Banyak sebab kitorang fikir. Satu sebab yang utama kau memang susah nak terima nasihat orang. Kau memang tak boleh nak tengok orang lebih dari kau kan? Kenapa? Kau je lah yang mampu jawab. Then, kau buat keputusan nak pindah rumah. Okey fine, pada kitorang mungkin itu jalan yang terbaik itu kau. Mungkin kau dah menyampah tengok muka kitorang. Tak kisahlah, janji kau rasa happy. Janji kau tak menyampah. Ikut suka kaulah.

Aku ingatkan lepas kau keluar, cukuplah sampai situ. Aku ingatkan hal kita habis kat sini. Tapi rupanya aku silap. Silap besar kot. Tak sangka lepas je kau keluar dari rumah ni, kau buat cerita pasal kitorang. Tapi aku malaslah nak amek port. Itu hak kau. Dosa kau, kau tanggunglah sendiri. 

Walaupun kitorang tak marah, tak cakap apa, tapi orang lain boleh nilai lah babe. Jangan kau ingat kitorang diam, kitorang tak marah. Kitorang tak tahu. Tapi buat apa nak gaduh sebab benda yang tak mendatangkan faedah ni kan? Kitorang senyap je. Dalam memang berapi. Hati ni Allah je yang tahu. Tapi kan, bila kitorang dengar sebab dendam kau pada kitorang yang sangat kesumat tu sebabkan orang lain jadi mangsa, kitorang memang marah sangat. Memang, memang budak tu baik. Sopan. Tapi aku rasa kau tak patutlah buat dia macam tu. Dia manusia, dia pun ada perasaan.

Eh tolonglah. Jangan fikir kau tu bagus sangat. Sedar tak sekarang ni, semua pandang kau macam taknak pandang je? Meluat tau. menyampah faham? Okey, kitorang memang bukanlah baik sangat. Lagi-lagi aku, aku memang jahat. Tapi jahat-jahat aku, aku takkan buat orang macam tu tau? Sebab dendam kat orang lain, kau lepaskan kat orang lain. Sebab kitorang musuh kau, kau pun nak kitorang jadi musuh dia? What the hell? 

Tolonglah, ubah sikap kau. Janganlah macam ni. Kau dah besar, kami pun sama. Tapi kenapa kami boleh bezakan baik dan buruk tu? Kenapa tidak kau? Takde manusia yang sempurna. Kalau dia lebih, itu rezeki dia. Kalau dia kurang, tolong baiki dia. Janganlah jadi gunting dalam lipatan. Janganlah kalau dia jahat, kau jadi setan supaya dia lebih jahat. Opsss terkasar bahasa pulak. Sorrylah tapi aku rasa dengan kau ni memang tak boleh nak bawak bincang, bahasa macam ni je sesuai. 

Aku harap sangat kau boleh baca entri. Memang ditujukan untuk kau sangat-sangat. Kalau kau baca, aku harap kau boleh ubah sikap kau. Kalau kau ubah, percayalah semua orang akan layan kau dengan sebaiknya.  Macam kau layan orang dengan baik. But if You still with the old You, I bet nobody will like you. Forever! So please, change for the everyone's sake. I'm begging You.

No comments:

Post a Comment

Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)