Pages

Friday, September 24, 2010

Aja Aja Fighting =.=


Lately ni kami selalu bergaduh. Kadang-kadang benda yang kecil jadi besar. Entahlah. Dia memang selalu mengalah. Cuma aku saje. Agak emosi. Tak taulah kenapa,pantang nampak dia berbual dengan perempuan sikit, mulalah aku nak tarik muka. Masam-semasam masamnya. Kadang-kadang aku rasa dia naik bosan nak pujuk aku. Mual dengan perangai aku. Tapi dia tetap sabar. Suruh aku terus terang. Tanya dia ada salah atau tak. Terangkan keadaan kenapa aku jadi macam tue. Aku diam jerk. Sudahnya,dia sendiri angkat tangan tanda mengalah. 

Kenapalah dengan aku ni agaknya? Nak kata PMS, uish tak juga. Kadang-kadang selepas waktu tu pun angin aku masih giler lagi. Napa ye? Nak kata tekanan emosi, lagilah tak. Aku waras lagi kot. Hurmmm, mungkin sejak dua menjak ni hidup aku terlalu sibuk. Padat sangat. Dari pagi bawak ke petang sampai malam, kelas memang tak putus-putus. Assignment beratur. Tu belum masuk kuiz, homework, mid-term. Semua memang pening. Silap haribulan boleh jadi mental aku.


Tapi tak kira apapun, aku akan berjuang demi cinta yang satu ni. Aku akan cuba buat dia happy walau apapun. Kerna aku ada dia, aku tersenyum. Kerna hanya dia yang mampu buat aku bahagia. Kerna aku tenang melihat wajah dia. Kerna dia ikhlas menyayangiku. Kerna ketentuanNya, aku bersama dia. Jadi aku takkan belajar untuk mengecewakannya. Sungguh. I will fight for this love. For SURE!

Mohd Azizul,
You are the guy that I search before. I will never let you go. Never and ever. Let's together until the dead do us apart. Even so, I still want to be your angel in heaven. InsyaAllah.

Buat Aku Tersenyum =]

No comments:

Post a Comment

Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)