Picture Credit:Deviantart's Owner
Kanser Payudara? Ramai wanita diluar sana yang tidak mengambil kisah akan isu ini termasuklah Aku. Benda ini aku pandang ringan, pada aku benda ini remeh temeh. Tapi tau tak? Penyakit ini adalah penyakit utama yang menyerang wanita sejak berkurun lamanya iaitu lebih kurang 1600 BC yang dikenali sebagai kanser ketumbuhan dalam manusia.
Apakah itu Kanser Payudara?
Kanser Payudara adalah barah tisu payudara atau buah dada. Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita dan penyebab utama kematian awal. Terdapat 27 wanita daripada 100,00 mengalami Kanser Payudara berbanding 18% daripada 100,00 yang mengalami kanser pangkal rahim (Kanser kedua yang menyerang wanita) Dalam setahun dianggarkan 2700-3000 kes baru bagi Kanser Payudara. Jumlah yang cukup besarkan?
Siapakah yang berkemungkinan mendapat Kanser Payudara?
- Slps berumur 25 tahun&selalunya berlaku sms b'umur diantara 45-55tahun
- Pernah menghidap kanser disebelah payudara
- Keluarga terdekat menghidap kanser payudara
- Tidak pernah mengandung/m'dapat anak pertama slps berumur 30tahun
- Mula haid awal/putus haid lewat
- Ada penyakit berkaitan payudara (spt 'proliferative breast disease')
- Faktor Keturunan (spt pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3')
- Gemuk (IJB anda? 27.5)
- Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolestrol
Tanda-tanda awal jika saya menghidapi penyakit Kanser Payudara
Terdapat ketulan yang tidak sakit di payudara atau ketiak, ruam yang berterusan sekeliling puting atau lelehan luar biasa dari puting, perubahan pada kulit, bengkak dan menebal, berlubang, permukaan kulit yang berkedut serta puting tertarik kedalam.
Bagaimana hendak mengenalpasti jika saya menhidap penyakit tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan sendiri oleh wanita itu. Periksa payudara anda dengan kerap melalui PSP. Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.
Apakah itu PSP?
PSP ialah pemeriksaa sendiri payudara yang merangkumi lima langkah mudah.
Langkah 1- Berdiri dihadapan cermin dan lihat sbrg perubahan pd payudara
Langkah 2- Rasa sebarang perubahan secara berbaring
Langkah 3- Periksa puting untuk sebarang pendarahan atau lelehan
Langkah 4- Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak
Langkah 5- Ulangi setiap langkah diatas untuk payudara sebelah lagi
Seberapa kerapkah saya untuk melakukan PSP?
PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (utk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7-10 hari selepas haid. Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terkahir bulan tersebut.
Apakah seharusnya saya buat jika mendapati saya mempunyai tanda-tanda tersebut?
Sekiranya anda mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan,sila rujuk doktor anda. Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser. Contohnya, Fibroadenoma ( Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan.
Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan Kanser Payudara?
Ujian yang boleh dilakukan adalah ujian darah, Fine Needle Aspiration Biospy (FNAB), Core needle biospy, Ultrasound and Mammography.
Apakah yang perlu saya lakukan utk mengurangkan risiko kanser payudara?
- Mulakan PSP hari ini
- Buat PSP secara berkala
- Kekalkan makanan kurang berlemak khusunya lemak haiwan
- Lebihkan pengambilan sayur-sayuran,buah-buahan dan serat
- Lakukan senaman yang mencukupi
- Kekalkan berat badan yang unggul
- Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian mammogram awal
Apakah yang perlu saya lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?
Sekiranya anda sudah melakukan PSP, teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihar dan teruskan bersenam.Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan menghidap penyakit ini, anda boleh meminat untuk menjalani ujian mammogram. Walau bagaimanapun,keputusan laporan adalah lebih tepat jika anda berumur 40 tahun dan keatas.
Oh ya, jangan salah faham. Info ini bukan sahaja untuk kaum Hawa tetapi juga untuk Kaum Adam. Secara umumnya, peratusan kes kanser payudara lelaki agak kecil iaitu 1% didalam semua kes kanser payudara lelaki. Simpton kanser ini adalah sama dengan simptom kanser payudara wanita. Manakala faktor risiko pula adalah berusia, keturunan, obesiti, terdedah kepada rawatan radiasai dan berhadapan dengan masalah hormon perempuan berlebihan (sindromklinefelter)
Takutkan? Tapi semua yang berlaku pasti ada sebabnya. Kata orang penyakit itu penghapus dosa. Di petik dari satu hadis,
Dari Abdullah r.a katanya:"aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata, "Ya Rasulullah! Demammu bertambah teruk." Jawab Baginda " memang demamky sama dengan dua orang kamu." Kataku pula, "semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab Baginda: "Semoga! Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."
Huraian dari hadis diatas ialah segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerungsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi kaffarah (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Jadi sabarlah kita dalam menghadapinya. Kepasa para pesakit Kanser payudara diluar sana, kami tahu kami tidak merasai apa yang anda rasa, kami tahu sedihnya anda mendengar perkhabaran ini, kami cuba faham perasaan anda, tapi tabahlah kerana Allah itu adil utk semua dan Dia tidak akan membebani hambaNYa melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Kamu akan mendapat pahala ( dari kebajikan) yang diusahakan dan akan mendapat siksa ( dari kejahatan) yang dikerjakannya. So, live longer love stronger :)
Untuk info lanjut:Sihat Selalu&Jiwang.org. Thanks for that info.
KataKatak: Wanita janganlah malu untuk membincangkan dan mempersoalkan tentang ini. You know what?
Prevention is better than cure!

No comments:
Post a Comment
Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)