Pages

Sunday, May 1, 2016

Wedding Preparation Part 4 - Bridal Review

Entri bersambung Wedding Preparation Part 3

Ini semua adalah bridal yang aku dh survey.

1. Leenz Bridal & Deco House
Address : 73-01, Jalan Permas 10/1, Permas Jaya, 81700 Masai, Johor.
Pada aku harga dia sangat berbaloi. Affordable. Consider murah jugak. Ada banyak pakej untuk rumah dan dewan. PR pun okay. 

2. Seri Delima Bridal
Address : 4a, Jalan Impian Emas 7, Taman Impian Emas, 81300 Johor.
Ni adalah bridal yang aku jumpa hasil tag dari photographer aku. Pelamin dia sumpah lawah. Baju banyak dari Man Kajang which one of my favorite designer. Cuma Iolls tak mampu aje. Kalau nak boleh jumpa Abg Eddie atau Kak Lydia.

3. Mahakarya Ideas
Address : 96A, Jalan Flora Utama 8, Taman Flora Utama, Batu Pahat, Johor.
Aku dah pernah review tentang MKI dalam entri sebelum ni. Pelamin lawah gile, memang taste aku. Cuma out of budget. Tak boleh nak komen PR mcm mana, sebab aku tak jumpa depan-depan. Just whatsapp. Tapi memang entertain customer 24hrs. Yang ni memang aku suggestkan untuk korang yang suka tema-tema up to date. Akim dgn Stacy pun amek diorang weiii. Korang boleh refer entri aku sebelum ni untuk full review Bridal Mahakarya Ideas

4. Andaman Liza
Address : No 56, Jalan Mawar 46, Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.
Ni pun aku dh pernah review dulu. Price is very affordable. Kak Norly sangat-sangat ramah dan considerable. Memang tak susah nak buat bisnes dengan dia. 

5. The Sequin Bridal
Address : 11-01, Jalan Padi Emas 4/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor.
Kak Dhaya. Memang sempoi orangnye. Masa jumpa dia, tak sangka boleh berbual mcm kawan. Bridal ni baru lagi tapi suka cara dia hias pelamin. Nice sangat. Sapa-sapa yang suka banyak bunga, bolehlah amek bridal ni.

6. MzBridal House
Nampak bridal ni kat FB. Pernah usha tanya harga bridal. Tapi dia kata biasa dia amek catering free andaman. Boleh google untuk tau lebih lanjut.

7. Mega Bridal Creations
Address : 82/82A, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, Johor.
Pelamin dia Ya Ampun, lawah. Memang berkenan kat hati. Tapi biasa pelamin lawah, harga pun lawah. Den cakap terus terang, semua ni out of budget. Kalau ada orang yang budget RM7k and above, boleh booking bridal ni. Memang taste aku. PR pun bagus.

8. Izan Yacob Bridal
Abg Izan. Comel tau. Hahha. Aku jumpa dia dua kali je. Tapi sekali masuk dalam bridal ni, memang taknak klua. Rambang mata tengok baju-baju. Harga quite pricy tapi pada aku okay kalau nak compare dengan yang lain-lain. Yelah taste orang beza-beza kan. Dr apa yg aku nak tu, aku rasa dia je yg plg murah dan aku mampu. Hihi. And I have  choose this one. So Abg Izan, let's work together :)

Hopefully this thing is helpful for your future bride :)

Sunday, April 3, 2016

Wedding Preparation Part 3 - Bridal Review

Entri bersambung Wedding Preparation Part 2

Ahad / 14 Februari 2016

Harini pagi-pagi lagi dah ajak Arab teman. Excited sebab harini ada appointment dgn bridal yang aku suka sgt tgk artwork pelamin dia. A day before tu aku ada tanya Lily and Amy about that pelamin. Komen diorg "Cantik! Tapi mesti mahal" Dalam hati dgn berlagak ckp, takpe mahal sikit. Janji puas hati sambil doa-doa supaya taklah mahal sgt sbb ikut budget, just ada about RM5k to spend for this. Ni rough figure tau, jangan salah anggap pulak. 

Bila dah sampai, abg tu pun tunjuk flyer dia. 

RM9,850

Menangis air mata darah aku tengok harga bridal ni. Dahtu takde choice lain pulak tu. Hanya satu-satunya package untuk dewan. Lagi menangis bila abg tu cakap ini harga promosi. Kita ikut harga lama, and takde transport charge. Dua kali aku angkat kepala untuk make sure. Whatt? Harga promosi? Huhu. Hati ni mcm taknak percaya , siap doa supaya abg tu cakap "Eh sorry, ni harga kalau based kat KL" tp takde pun. Huhu

Menangis hati ini,
Ku juga bersimpati.

Sebelum keluar dari bridal tu lagi aku dh buat keputusan untuk reject awal-awal bridal ni. Satu sbb harga, dua sebab memang totally out of our budget. Maaf bang, mungkin bukan rezeki saya untuk bekerjasama dgn abg. 

Lepas tu petang ada appointment pulak dgn my choosen bridal. Klu korang refer pada entri aku yang Part 1, aku ada mentioned yang aku pilih sambil lewa, pilih ikut kesesuaian tarikh je. Hah ni lah bridalnye. Aku pegi untuk bincang konsep, nak tgk design baju and ambil resit deposit. Alhamdulillah everything went well, cuma aku belum betul-betul decide sama ada this is the bridal that Im going to choose. 

Klu korang curious knp jadi mcm tu, ni semua sebab photographer aku. U know dlm mencari photographer ni semua aku add lah to my FB friendlist including my OP. Bila tgk job-job yg dia cover, ada satu job ni buat aku tertarik tgk pelamin dia, which is about the above bridal that I mentioned. Bila dh minat kat kerja abg ni, mulalah aku compare dgn keje bridal yg aku dh pilih. And the result for me, their work is totally different. Of courselah yg cantik mesti yg mahal kan. Hahhaha. Lepas tu mulalah rajin weii. Terus ada buku untuk wedding preparation walhal sebelum tu aku malas gile nak buat even Intan dh advise for so many times. Sejak aritu, aku dh senaraikan 12 bridal yang aku minat hasil keje diorang. Aku survey semua dr blog review and kwn-kwn aku yang dh kahwin. Rupenye byk gile bridal kat Johor ni weii. Serius sebelum ni aku tak tau pon. Now, keje aku adalah untuk jumpa sume bridal yg aku dh survey. So two down, ten more to go. 

Isnin / 15 Februari 2016

Harini pagi-pagi dah busy. Sebok survey bridal lagi. Amboii kau, tak cukup eh 12 bridal yang dh ada tu. Kang byk-byk confuse kang. Tapi takpelah kot. Orang kata kahwin sekali seumur hidup. At least biarlah yang terbaik kan. Penat sikit takpe kot. 

Untuk wedding prep ni aku ada buat list. List ni pada aku memang penting. Masa duk survey-survey ni rasa mcm cukup aje budget, tapi bila dah dapat full list, baru tau oh yg ni tak buat lagi, oh yg ni mcm mana nk cover sbb takde dlm budget. Lepas tu baru menggelabah sbb baru perasan benda tu. Selalunya benda yg small matter. Intan lah yg bg aku full list and aku ada jugak jumpa another list dari FB. Kalau nak tau, boleh refer post aku yang sebelum ni.

Tengahari tu aku ada survey kat Mahakarya Ideas. Aku kenal bridal ni pun dari Ivanna sbb aku tgk pelamin dia cantik. Pelamin dia penuh bunga, which is not so me. Tapi aku suka cara dia mainkan kaler tu. Nampak cantik. Ada tone in between. Aku tgk FB page diorang, lepas tu aku whatsapp. Diorang tak ambil full cover untuk bridal, just untuk certain part je. Aku tanya harga untuk pelamin dewan, lepas tu aku bagi cth gambar pelamin and aku describe apa yang aku nak. Lepas dah bincang-bincang, dia kata rough figure utk pelamin aku tu dlm RM8k and tak include transport sebab diorang based kat BP. Aku tanya maybe diorang ada pakej dewan untuk RM5k. Dia reply cakap mostly diorg takde pelamin dewan below RM5k, kalau pelamin rumah dptlah. So okay, reject lagi. Tapi aku nak suggest, kalau korang ada duit sikit, ameklah diorang. Dijamin memang lawah gilos!


Ni contoh pelamin yang diorang ada. Ni memang taste aku. Aku sunga pelamin yang simple, elegan dengan gabungan warna white+cream+pastel, luas and tak nampak serabut. Ni preferences aku jelah. Tapi kalau korang ada citarasa sendiri, berbeza dr aku, blh try discuss dgn Mahakarya. Jgn condemn taste aku pulak tau. Hehe.

Petang tu ada appoinment dengan Kak Norly dr Andaman Liza. Pada aku pakej dia okay, affordable price and pakej semua bagus. Senang deal dgn Kak Norly. Dia siap ckp, ikut awak nak mcm mana, akk buat je. Klu taknak amek full pakej pun blh. Nanti akak pandai-pandai lah tolak. Dia siap cakap, kalau betul rezeki akak, InsyaAllah dik kita blh kerja sesama. Tapi tulah, aku still in the middle. Tgh buat comparison lagi. Yelah baru empat kan survey. Ada lagi lapan nak kena jumpa. Fuhhh! 

Niat hati nak buat grand sikit. Sikit jelah. Tapi mcm tak kesampain sebab byk lagi nak kena cover within budget yang ada. So yg mana boleh, aku just go on. Yg tak dapat, aku just let go. Tapi kalau ada rezeki lebih, bolehlah tambah-tambah sikit kan. Kalau korang rasa kecewa mcm aku, baca link kat bawah ni. Berguna sgt untuk cover rasa kecewa tu. Huhu. Redha jelah mak.


Oh ye. Ahad ni ada appointment dengan photographer and nak try set appointment dgn another two bridal. InsyaAllah klu sempat nanti aku review satu-satu bridal yang aku dh survey. Jangan risau nanti aku bg komen dr segi artwork, PR and yg penting price. Yelah nk adjust with budget kita yang paling penting pada aku. 

And one more thing, is this below link. Saje scroll FB, lepas tu nampak someone share this thing. I found this quite useful, sebab sebagai bakal pengantin aku memang lost untuk documentation things like this. Thanks tau. 

Monday, February 22, 2016

Sidik and Azirah Wedding

Alhamdulillah, tanggal 12 February aritu, Azirah dan Sidik telah pun selamat menjadi suami isteri. Dah jadi isteri orang dah adik aku ni. Tahniah Irah, Tahniah Sidik. Part yang sedih tu bila Irah msg aku hari Khamis before nikah dia. Dia minta maaf sebab aku tak dapat datang majlis dia. Aku cakap patutnya aku yang minta maaf sebab aku yang tak datang majlis dia. Dahlah antara semua dia yg paling aku rapat. Sedih betul tak dapat datang masa majlis Irah. Apapun rah, akak doakan Irah bahagia dengan Sidik hingga ke Jannah. Walaupun akak tak dapat nak datang, akak sentiasa doakan dari jauh rah. Semoga dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam apa jua. Semoga kuat dan tabah menghadapi dugaan sebagai isteri. Dan semoga dikurniakan babies yang pretty and hensem mcm mak and ayah dia. Semoga bahagia Rah!






Okay ni je gambar yang ada. Ni pun ihsan dari Irah and Pajul.

Till then.

Wednesday, February 17, 2016

Wedding Preparation Part 2 - Checklist Wajib!

Entri Bersambung Wedding Preparation Part 1

Okay as promised before, harini nak cite pasal wedding checklist. Checklist is the main thing to be prioritize. Sebab kalau takde checklist, kau boleh tersasar jauh dari landasan. Budget kau semua boleh terbang-terbang. Haha. Kalau untuk orang yang organize, biasa dia akan sediakan satu diari untuk setiap apa yang dia buat sepanjang persiapan majlis perkahwinan.

Untuk aku, ada 3 reference yang aku amek. And both from my sister's blog AsrafIntan's Wedding Checklist

Nak clear view, kat bawak ni aku dah siap-siap copy paste
1. Calon *PENTING
2. Budget *2nd PENTING
3. Wang Hantaran
4. Tema Nikah / Sanding
5. Kursus Kahwin
6. Tempah Tok Kadi
7. Kad Kahwin
8. Jurugambar
9. Videographer
10. Andaman
11. Make up Artis
12. Catering
13. Khemah
14. Menu
15. Bunga Telur
16. List Jemputan
17. DJ / Emcee
18. Performance
19. Honeymoon Plan
20. Dewan/Hotel
21. HIV Test
22. Spa / Saloon
23. Pengapit
24. Saksi Akad Nikah
25. Wali
26. Barang Hantaran
27. Baju Sanding
28. Baju Nikah
29. Goodies
30. Cinsin/Gelang/Rantai
31. Tempahan Bilik Hotel
32. Diet

Aku rasa list ni dah cukup complete. Tapi aku ada tambah sikit-sikit jugak mcm khemah, kerusi and meja untuk makan lepas akad nikah. For now, still tak decide lagi sebab tak tahu lagi nak nikah kat mana. Mak cakap suruh buat kat rumah je, tp aku prefer masjid. Nanti tengoklah macam mana, sebab aku tau in the end, Mak always win. Haha

Untuk yang second ni, Intan jugak bagi aku link. Aku dah bukak tapi aku ni jenis pemalas sikit. Malas nk membaca. Hahahah. Tapi boleh jugak topup-topup mana yang kurang dlm first list tu.


And this is the third one which I found in FB. Okay jugak. Cuma malas nak complicated tengok kotak-kotak. But easy to do.






Okaylah tu je kot yang boleh aku share. Ikutlah mana yang korang rasa senang nak follow. Semoga bermanfaat.

I would like to contribute a thousand thanks for my sister, Wan Nuraini. Intan, U know U helped me so much in my wedding preparation. Im so glad and thankful. Love you.

Friday, February 12, 2016

MyBeautifulLadies

29 Januari 2016
Malam ni datang rumah Intan sebab Intan ada buat kenduri doa selamat sikit sempena Mak and abang dia balik dari umrah. Yang dapat datang cuma aku and Lily je. So here we areeee,



30 Januari 2016
Plan nak keluar sempena Intan balik ni. Alang-alang tu keluar sekali. Semua dah on nak keluar lepas Asar but last minute Syadut cancel on some reason. Khalis pulak tertidur. At the end, cuma aku Intan and Lily je can make it. So plan punya plan, Lily suggest lepak kat AliCafeSpecialityCoffe kat bandar. 





Pada aku tempat dia okaylah. Hipster and convenient. Makanan minuman pun not bad. Cuma service agak lambat even tak berapa ramai orang. Tapi bolehlah kalau nak bagi 5/10.

31 Januari 2016
Semalam tak puas lagi keluar. Harini keluar lagi. Kali ni dekat je. Cafe Hipster jugak, kat Abys Rock. Kat Taman Rinting aje. Bangga I chuolls. Harini kitorang order baby crab ngan ice blended mocha. And for this time aku rasa okaylah compare to last time. Ice Blended dia sedap. Coconut shake pun sedap. Fries Ian pun sedap. Hehehehehe. Lepas balik makan tu, pening fikir sesi bergambo cmne. Last-last lepak rumah Syadut, hah bergambo lah engkau puas-puas. Hahhaahha


Aby's Rock Cafe




We took so many pictures. Tapi semua tak jadi. Ko tgklah Lily tu. Kalau tak kepoh, dia tidur. Hahahahaha


And after the thousand shoot, finally dapat jugak nice one. 

Ni lepas dah penat-penat amek gambar, lepak dulu before balik.

Anak-anak malas melayan mak mak. Lantak kau lah mak.
Tengok Ipad lagi best. Hahahah
Comel tau. hehehehe

Till then. Ma'as-salamah :)