Jangan pernah serahkan bulat-bulat kepada saya.
Kerna saya tak tahu dari mana untuk mula dan dimana untuk berakhir.
Jangan pernah terus biar saya sendiri.
Kerna saya akan terus hanyut dengan impian dan harapan hati.
Jangan biar saya kenal erti putus asa,
Kerna nanti takkan ada peluang untuk bertanya mengapa.
Jangan biar hati saya terus disakiti.
Kerna tak semua perkara boleh dimaafi.
Dan jangan pernah membuat kesilapan lagi.
Kerna jarang-jarang ada pelangi selepas hujan berhenti.
No comments:
Post a Comment
Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)