RSS Feed

Thursday, December 24, 2009

Undescribe

I'M
USELESS
:(

Saturday, December 19, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan..

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja...heh.)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

KONKLUSINYA

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan & lain-lain tetapi ialah sifat MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So, sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain..Andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.;

Renung-renungkanlahg wahai manusia akhir zaman,
Tak rugi jika kita saling ingat-mengingati :)



Wallahualam"

Friday, December 18, 2009

Quote


Let's love like we've never been hurt before
Let's dance like one one is praising us
Let's sing like no one is listening to us
Let's work like we don't need money for it
Let's live like today is not the doomsday
-MyLovely Samsoon-

Thursday, December 17, 2009

Nak ngorat anak-anak perempuan Pakcik Asin lah!

Motif;

Sure dapat kahwin dengan anak lelaki no.2 Pakcik Asin :)


Mood: Gatal (-.-)

Wednesday, December 16, 2009

Wish

I try my best
to be the best for him :)

Tuesday, December 15, 2009

Family Holiday

Tanggal 12 && 13 Disember 2009 menjadi tarikh pilihan famili aku untuk hari keluarga Delima Felda Oil Product Sdn. Bhd.. So, pada tarikh kami telah bangun seawal 5.30 pagi untuk persiapan.. Kami dijadualkan berkumpul di Petronas Ulu Tiram. Sebanyak 19 buah kereta telah berkonvoi untuk ke destinasi pilihan kami iaitu Bukit Gambang Resort, Kuantan Pahang. Maka, pada pukul 7.00pagi kami memulakan perjalanan ke destinasi.. Jadi sepanjang tempoh itu berlalu, aku telah pun merakamkan detik-detik indah dari bermulanya perjalanan hingga kami tiba :)

Check point satu
Lokasi: Mersing
Jam: 8.30am
Tujuan: Sarapan pagi

Sarapan time,Mersing

Hadirah, Aku dan Emak

Para Pemandu..

It's Me laa :O

Aku dukung baby?

Practice make perfect, Haha

Inilah abanglong :)

I'm presenting....ArabAPPLE
with his baby, Syazwan (:


Hadirah Tahirah muncit

Cek point Dua
Lokasi: Pekan,Pahang
Jam: 11.30am
Tujuan: Berehat Sebentar

Gambar ni je sempat snap,makan3x :P

Cek point tiga
Lokasi: Apartment
Jam: 3.00pm
Tujuan: Check In

Entrance

Arab at Car Park

Azim at Balkony

Arab at Room

Hadirah at Kitchen

Mak at Bedroom

Check Point Empat
Lokasi: Dewan Gambang City Resort
Time: 7.30pm
Tujuan: Dinner

Sebelum pergi dinner

At our table, Ballroom style

Anak kawan Mak, tak tahu sape name die hihi

Makan-Makan

Sambil tengok persembahan

Itu Dini, comelkan :)
Yang baju pink tue tau..


Sempat lagi abanglong gurau senda ngan mak,
eh Eh Mak pun nampak pink la :)


Check Point Lima
Lokasi: Gambang Water Park
Jam: 10.30am
Tujuan: Mandi-manda

Here it is!

On the way to Water Park

Aku

Aku

eh Aku Lagi :)
Oleh sebab hari panas, so aku malaslah nak mandi,hehe


Families <33

Mula-mula masuk nampak menatang ni,ahaks~

Hadirah yg keseorangan pada mulanya

Pastu abanglong ajak dia mandi sesame..
Kesian..


Pastu jumpa ni pulak..
Macam best jerk..
Rasa rugi pulak tak mandi (-.-)


Pastu jumpa nie..
Comelnye gelongsor tu..
Warna-Warni (:


Pastu jumpa nie..
For child 6-12 only


Macam bestkan??

Emak sempat bergambar kenangan

Ayah && Mak

Kata keju plss :)

On the way balik apartment

Sweet Couple Ever <33

Masa otw balik tu,terjumpa bear ni..
Macam nak bunuh diri..
Tapi tak tahu atas sebab apa & kenapa,hihi


Bergambar di saat-saat terakhir suicide bear :))

Dah kat luar dah..
Nampak mcm comel je, terus tangkap gambar :P


Ingat nak naik kereta kuda,
tapi kuda dah penat laaa..


Sebelum balik johor tu, kitorang singgah Umairah jap.. Seriously, she grew up already.. Dah petah bercakap, dah boleh berjalan.. Awww, comelnye die :)

Mula-mula sampai tu, dia sombong lagi,.
Tengok tu..
Ek eleh berlagaknye,hihi


Lepas tu...
Eh Die suka kat aku laa..


Tak caya?? Tengok nie..

Tak caya lagi??
Ape boleh buat..
Aku tau budak-budak memang suka aku :)


Umairah dengan mak

Macam ni la gayanya bila aku ada anak dua ye,hihi


What's else I can describe? It's not fun at all except with Umairah.. Just enjoy taking the pictures.. See ya!

For more;
CLICK HERE :)

Monday, December 14, 2009

Just My Favourite Pictures


All of them mean too much to me :))



Love them (;

Friday, December 11, 2009

Tak sangka kan??

Tak sangka kan? Jarak memang memisahkan kita? Ingatkan bila kita makin jauh , bila lama tak bersua, kita akan semakin rindu.. Ingatkan bila dah semakin lama tak berjumpa, kita akan excited nak jumpa. Nak kongsi cerita dan segalanya. Nak rapatkan kembali jurang yang makin jauh. Nak sama-sama ketawa dan gembira..

Tapi semua itu meleset sejak dari awal lagi.. Jarak yang jauh yang kononya adalah penting untuk menambah kemesraan, sememangnya hanya konon semata.. Jarak yang jauh tu sebenarnya telah buat kita semakin jauh. Tiada lagi benih sayang antara kita.. Jarak itu sebenarnya telah menghalang kasih kita.. Jarak itu sebenarnya lebih menjauhkan jurang yang sedia ada.. Jarak itu sememangya menghapuskan hubungan persaudaraan kita..

Walaupun pada hakikatnya, kita saling bergantung,. Tapi di sebalik itu, aku tetap merasakan kehambaran itu wujud. Kenapa? Dari dulu lagi, saat usiaku menginjak ke alam remaja, telah kurasakannya. Tapi kupendam segala-galanya.. Hanya diari usang menjadi teman disepanjang kedukaan itu. Kadang-kadang ia tidak berlalu untuk seketika, malah berlarutan hampir setiap hari..


Setiap detik itu aku hitung, kenapa ia terjadi? Atas sebab apa? Mengapa? *Sepi* Aku tak punya jawapan untuk itu.. Aku bingung, apa lagi yang harus aku lakukan demi meraih perhatian? Demi secebis sayang? Demi kematangan di alam kedewasaan? *Diam*

Azie Nur Ashikin,
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)

Take the gentleness that you have in your heart,
express it out and everything will be fine :)

Thursday, December 10, 2009

Akan tiba

.Serabut!!!!!!!!!!!!!!. Tak tau nak rasa apa.. Gembira atau sedih.. Takut ke tak? Bulan satu ni adalah bulan yang aku harapkan sangat.. Bulan satu ni adalah bulan yang aku tunggu-tunggu. Tapi kenapa bila nak tiba bulan tu, sesuatu yang aku tak sangka akan terjadi, tetap akan terjadi?

Untuk seketika, aku betul-betul putus asa.. Aku tak tau pada siapa aku harus meluahkan. Aku tak tau sama ada aku perlu meluahkan atau tidak. Dalam erti kata lain, aku bingung sebenarnya. Aku tak tahu sapa yang aku persalahkan..

Adakah nanti, bila dia ada, kami masih seperti dulu? Adakah nanti kalau dia ada, kami masih mesra macm dulu? Adakah semua akan baik-baik saja seperti sebelum ini? Ish, kenapa aku mesti fikir macam nie,. Kan sesuatu perkara yang terjadi tu, mesti ada hikmah di sebaliknya? Kenapa aku lemah dengan semua ini? Kenapa aku mesti takut menghadapi ini?

Biarlah semua yang bakal terjadi itu berlaku.. Aku sedia menghadapinya. aku sedia walau apa jua kemungkinannya. Aku sedia walau aku yang akan kecewa. Aku sedia menghadapi setiap detik itu. Akan ku hitung dengan tabah. Ya! Akan ku lalui dengan gembira dan senang hati. Yakin aku boleh! Pasti boleh!


Jgn risau ashikin, everything will be fine!