Hi 2015.
Untuk permulaan tahun baru ni aku agak busy. Busy dengan kerja yang aku tangguh dari bulan 8 haritu. Target aku nak habiskan by end of this year jugak. Which means end of the year tu adalah hari ni. Dan maknanya, aku kena siapkan semua kerja tu harini jugak. Tapi, harini Kak Siti cuti, Kak Rad keluar, Madam tak masuk dan aku rasa malas sangat. Aihhh tak taulah boleh tercapai tak apa yang aku harapkan harini :((
Dan untuk tahun baru ni, aku dah pasang niat nak buat kerja dengan ikhlas. Supaya Allah redha. Supaya rezeki aku halal. Aku harap aku tak malas lagi mcm last year. Aku nk cuba kerja dengan bersungguh-sungguh. Taknak lagi tengok running man, rehat sampai dua jam, tidur waktu office hours. Aku harap aku tak macam tu lagi. Kalau takde kerja pun, aku akan cari kerja yang boleh aku buat. Yang boleh aku belajar. Tambah pengalaman. Yelah, bila kita kerja ikhlas ni, rezeki tu walaupun sedikit yang kita dapat, insyaAllah berkat. Kan?
Aku busy dengan persiapan majlis pertunangan aku. Macam takde siapa yang boleh aku mintak panduan. Masing-masing diam. Masa mula-mula aku cakap dengan mak, mak macam tak suka je yang aku nk tunang. Asalnya, plan nk tunang bulan 1, tapi berganjak ke bulan 4. Sebab kalau boleh nk tunggu financial kitorg stabil and tunggu kak long balik sini dulu. Kesian pulak dia kalau aku buat majlis masa dia takde, mesti dia ingat yang aku tak anggap dia part of my family. So, aku rasa bulan 4 paling sesuai untuk majlis tunang aku.
Persiapan tunang? Aku tak taulah. Zul macam tak amek tau. Bulat-bulat dia serahkan pada aku untuk decide semuanya. Aku tau dia busy cari duit untuk majlis ni, tapi kalau nak harapkan aku sorang je, memang aku tak boleh. Rasa sedih bila aku macam beria tapi dia tak. Macam aku nk tunang sorang-sorang pulak. Masa plan nk tunang pun, aku yang decide. Aku yang bersungguh. Kalau tak, memang tak jadi kot. Aku ada jugak cakap kat dia pasal ni, tapi dia anggap benda tu mcm tak penting. Pada dia, aku ada yg dia boleh harapkan untuk uruskan semua ni.
Aku just harap yang dia boleh tolong aku. Ye, dia tolong dari segi kewangan tapi tak salahkan klu dia tanya macam mana persiapan kita? Dh berapa peratus siap? Apa lagi yang kurang? At least tolong aku decide, setiap bulan nk siapkan apa dulu. Tanya apa lagi yang penting. At least with those questions I know that he's ready and care.
Tapi, takde pun weii. Takde langsung. Masa mula-mula bincang pasal tunang ni pun, dia janji the first thing yang dia nk buat bila dah sampai Sabah - nak tanya mak bapak pasal majlis ni. In the end, aku yang keep remind dia untuk bgtau. Kawan-kawan aku yang lain semua boyfriend, bakal tunang, bakal suami yang insist nak kawen. Part lelaki yang bersungguh-sungguh. Partner masing-masing semua ada. Nk cari baju, nak cari bridal, nak cari catering, berdua je semua. Tapi aku ni terbalik pulak. Haihh lah Azie, kau ni perempuan sangat tau. Asek nak harapkan lelaki je. Hmmmmm.
Ada satu je benda yang sering ada kat kepala otak ni,
Ada satu je benda yang sering ada kat kepala otak ni,
Zul, saya confused, saya tak tahu awak ni bersungguh atau tak :((
Walau jawapan tu aku masih keliru, tapi aku cuba nk siapkan majlis tu. Sekarang ni kawan baik aku adalah En.Google. Semua benda aku cari dalam tu. Dari lah bridal ke catering. Semua. Aku tengok orang punya list nak tunang. Nak kawen. Mana yang murah tapi ada kualiti tu yang aku amek. Semua aku buat noted. Aku cari sorang-sorang. Aku tanya sorang-sorang. Jadi ke tak jadi, aku redha.
Mak. Insan yang aku hormat, yang aku sayang. Sangat. Tapi bila tiba untuk majlis aku, mak macam tak kisah. Tak pernah sekali pun dia tanya. Dia cuma cakap ikut suka kau lah. Aku tau, sebab apa dia mcm tak suka. Aku tau dalam diam tu, dia kisah. Aku tak pernah salahkan mak. Aku faham perasaan dia. Mak kan, macam mana pun dia tetap nk yang terbaik untuk anak dia. Lagi aku, anak perempuan tunggal. Masa aku suarakan benda ni, aku tau apa yang dia rasa. Dia pernah cakap, suruh aku kahwin tunggu duit dia. Sebab aku sorang je perempuan, dia nak buat meriah sikit. Ayah pun harap macam tu. Tapi hati ni kan, degil. Aku rasa apa yang aku buat betul. Aku rasa yang aku salah. Yelah mana taknya, tengok kawan-kawan sebaya dah kahwin kan? Sapa yang tak rasa nk kawen. Rasa mcm kawen lambat ni boleh buat malu je.
Mak, first of all Im realyy, trully and honestly apologize if my drastic decision make your hurt and dissapointed. Angah mintak maaf sebab buat keputusan tak bincang dengan mak ayah. Mak, angah tau lepas angah kawen nanti, angah kena ikut suami, kena jauh dari mak dan ayah. Tapi mak, angah anak mak. Walau jauh mana pun angah pergi, mak dan ayah tetap dengan angah. Walau tak nampak fizikal, tapi sentiasa dalam hati. Angah tau, mak risau lepaskan angah nanti. Tapi satu hari, angah tetap kena pergi. Belajar hidup sendiri. Berdikari. Bezanya cuma cepat atau lambat. Aku hargai setiap apa yang mak curahkan, yang mak ajarkan, yang mak korbankan. Segalanya mak. Sikit pun takkan angah lupakan. Angah tau, angah takkan dapat balas jasa mak dan ayah. Tapi satu je mak, angah sentiasa perlukan sokongan mak dan ayah walau kemana pun. Angah perlukan redha mak dan ayah. I hope for your understanding. Terima kasih mak dan ayah!
For 2015, I hope everything will go accordingly, and for a better future. Amin.
HAPPY NEW YEAR 2015 PEEPS!
HAVE A BLESS ONE :))
No comments:
Post a Comment
Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)