بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Jiwa rasa tertekan, hati rasa terseksa. Air jernih ini menitis jua. Puas sudah aku cuba pertahankan. Tapi bila berhadapan situasi ini, aku memang seorang yang paling lemah. Bukan niatku membuat dia kecewa. Dia, wanita yang aku sanjung, yang aku paling sayang. Sudah pasti aku ingin menjaga hatinya sebaik yang mungkin.
Tapi, aku hanya manusia biasa. Yang kadang-kadang terlepas kata, tertinggi suara, terkasar bahasa. Tidakku bermaksud untuk membuat dia sedih, berjauh hati, jauh sekali membuat dia berkecil hati. Aku akui, sudah terlalu banyak dia menjeruk rasa atas setiap perbuatan aku. Ahh sedihnya hati ini. Kenapalah aku buat begitu? Terkilan rasanya.
Kalaulah masa dapat diputarkan kembali. Pasti aku ingin merubah segalanya. Menjadi yang terbaik buat dia. Menjadi seorang yang mendengar kata dan nasihatnya. Juga menjadi seorang yang prihatin kepada dia. Akan kuberikan selaut kasih sayang hanya untuk dia.
Tapi masa telah berlalu. Semua itu telah telat. Telah terlambat untuk memohon hanya secebis maaf. Malu menjadi penghalang. Tapi sampai bila? Tiada kepastiaan. Cuma yang terlalu aku pasti, untuk masa selepas ini, aku akan cuba merubah segalanya. Aku akan jadi baik hanya untuk dia. Mendengar kata-katanya. Mengikut setiap telunjuknya. Itu pasti. Aku akan cuba buat dia bahagia selagi hayatku di kandung badan.
Untuk masa-masa yang lepas, kupohon kemaafan itu. Maaf dari detik aku bersamanya hingga kini. Maaf untuk tiap-tiap satu perkataan dan perbuatanku yang melampau itu. Maaf! Dari saat ini, aku adalah aku yang baru hanya buat dirimu. Tiada lain yang kuharapakan cuma kasih dan sayang darimu.
Dan aku mahu engkau tahu yang engkaulah segalanya untukku dan aku sayangkanmu. Teramat!
No comments:
Post a Comment
Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)