Pages

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Ayah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Salam satu Malaysia. Hee.

Seperti yang kita sedia maklum hari ni tanggalnya 20hb Jun 2010, hari ni ialah hari bapa. Sekarang ni semua sibuk post entri tentang Selamat Hari Bapa, Ayah, Daddy, Abi, Abuya, Walid, Father, Papa semualah tapi semuanya mempunyai satu maksud yang sama. Ucapan sebagai tanda menghargai jasa seorang bapa.

Eh kenapa entri saya tajuknya Selamat Hari Ayah? Sebab saya panggil bapa saya Ayah. I'm really proud to be a daughter of my Ayah. Kenapa? Sebab ayah seorang yang agak garang, tapi bertanggungjawab. Ayah tak pernah merungut kalau dia ada masalah. Selalunya dia akan diam dan fikirkan penyelesaian sendiri. Ayahlah yang membesarkan kami adik beradik. Ayah buat semuanya agar kami mendapat kehidupan yang sempurna dunia dan akhirat.

Setiap orang mempunyai ayah yang paling dia sayang dan kasihi. Jadi, sempena hari bapa ni saya pasti semua nak buat yang terbaik untuk ayah. Semua pasti nak memuji kehebatan ayah. Semua nak buat sesuatu yang akan menjadi kenangan manis buat ayah. Begitu juga dengan saya. Saya pun rasa benda yang serupa.

Untuk hari bapa kali ni, saya hanya mampu memberi sekeping kad ucapan. Ya, hanya itu yang saya mampu. Walaupun dengan hanya sekeping kad ucapan, saya harap bila ayah buka kad tu, dia akan senyum selebar-lebarnya. Saya harap bila dia buka kad tu, dia tau yang kami sayang sangat pada dia. Saya harap bila dia buka kad tu dia akan tau yang kami masih memerlukan dia. Masih mengharapkan kasih sayang dia. Saya harap segalanya yang baik untuk ayah. Amin. 



Buat ayah,
"Ayah, angah nak ayah tau yang ayah adalah ayah yang terbaik untuk angah. Angah nak belajar rajin-rajin, tak nak hampakan ayah dan nak jadi yang terbaik juga buat ayah. Angah sayang ayah"

SELAMAT HARI BAPA, Ayah

Special dedicated for
Encik Jasni Sulong 

No comments:

Post a Comment

Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)