Harini pagi-pagi lagi dah ajak Arab teman. Excited sebab harini ada appointment dgn bridal yang aku suka sgt tgk artwork pelamin dia. A day before tu aku ada tanya Lily and Amy about that pelamin. Komen diorg "Cantik! Tapi mesti mahal" Dalam hati dgn berlagak ckp, takpe mahal sikit. Janji puas hati sambil doa-doa supaya taklah mahal sgt sbb ikut budget, just ada about RM5k to spend for this. Ni rough figure tau, jangan salah anggap pulak.
Bila dah sampai, abg tu pun tunjuk flyer dia.
RM9,850
Menangis air mata darah aku tengok harga bridal ni. Dahtu takde choice lain pulak tu. Hanya satu-satunya package untuk dewan. Lagi menangis bila abg tu cakap ini harga promosi. Kita ikut harga lama, and takde transport charge. Dua kali aku angkat kepala untuk make sure. Whatt? Harga promosi? Huhu. Hati ni mcm taknak percaya , siap doa supaya abg tu cakap "Eh sorry, ni harga kalau based kat KL" tp takde pun. Huhu
Menangis hati ini,
Ku juga bersimpati.
Sebelum keluar dari bridal tu lagi aku dh buat keputusan untuk reject awal-awal bridal ni. Satu sbb harga, dua sebab memang totally out of our budget. Maaf bang, mungkin bukan rezeki saya untuk bekerjasama dgn abg.
Lepas tu petang ada appointment pulak dgn my choosen bridal. Klu korang refer pada entri aku yang Part 1, aku ada mentioned yang aku pilih sambil lewa, pilih ikut kesesuaian tarikh je. Hah ni lah bridalnye. Aku pegi untuk bincang konsep, nak tgk design baju and ambil resit deposit. Alhamdulillah everything went well, cuma aku belum betul-betul decide sama ada this is the bridal that Im going to choose.
Klu korang curious knp jadi mcm tu, ni semua sebab photographer aku. U know dlm mencari photographer ni semua aku add lah to my FB friendlist including my OP. Bila tgk job-job yg dia cover, ada satu job ni buat aku tertarik tgk pelamin dia, which is about the above bridal that I mentioned. Bila dh minat kat kerja abg ni, mulalah aku compare dgn keje bridal yg aku dh pilih. And the result for me, their work is totally different. Of courselah yg cantik mesti yg mahal kan. Hahhaha. Lepas tu mulalah rajin weii. Terus ada buku untuk wedding preparation walhal sebelum tu aku malas gile nak buat even Intan dh advise for so many times. Sejak aritu, aku dh senaraikan 12 bridal yang aku minat hasil keje diorang. Aku survey semua dr blog review and kwn-kwn aku yang dh kahwin. Rupenye byk gile bridal kat Johor ni weii. Serius sebelum ni aku tak tau pon. Now, keje aku adalah untuk jumpa sume bridal yg aku dh survey. So two down, ten more to go.
Isnin / 15 Februari 2016
Harini pagi-pagi dah busy. Sebok survey bridal lagi. Amboii kau, tak cukup eh 12 bridal yang dh ada tu. Kang byk-byk confuse kang. Tapi takpelah kot. Orang kata kahwin sekali seumur hidup. At least biarlah yang terbaik kan. Penat sikit takpe kot.
Untuk wedding prep ni aku ada buat list. List ni pada aku memang penting. Masa duk survey-survey ni rasa mcm cukup aje budget, tapi bila dah dapat full list, baru tau oh yg ni tak buat lagi, oh yg ni mcm mana nk cover sbb takde dlm budget. Lepas tu baru menggelabah sbb baru perasan benda tu. Selalunya benda yg small matter. Intan lah yg bg aku full list and aku ada jugak jumpa another list dari FB. Kalau nak tau, boleh refer post aku yang sebelum ni.
Tengahari tu aku ada survey kat Mahakarya Ideas. Aku kenal bridal ni pun dari Ivanna sbb aku tgk pelamin dia cantik. Pelamin dia penuh bunga, which is not so me. Tapi aku suka cara dia mainkan kaler tu. Nampak cantik. Ada tone in between. Aku tgk FB page diorang, lepas tu aku whatsapp. Diorang tak ambil full cover untuk bridal, just untuk certain part je. Aku tanya harga untuk pelamin dewan, lepas tu aku bagi cth gambar pelamin and aku describe apa yang aku nak. Lepas dah bincang-bincang, dia kata rough figure utk pelamin aku tu dlm RM8k and tak include transport sebab diorang based kat BP. Aku tanya maybe diorang ada pakej dewan untuk RM5k. Dia reply cakap mostly diorg takde pelamin dewan below RM5k, kalau pelamin rumah dptlah. So okay, reject lagi. Tapi aku nak suggest, kalau korang ada duit sikit, ameklah diorang. Dijamin memang lawah gilos!
Ni contoh pelamin yang diorang ada. Ni memang taste aku. Aku sunga pelamin yang simple, elegan dengan gabungan warna white+cream+pastel, luas and tak nampak serabut. Ni preferences aku jelah. Tapi kalau korang ada citarasa sendiri, berbeza dr aku, blh try discuss dgn Mahakarya. Jgn condemn taste aku pulak tau. Hehe.
Ni contoh pelamin yang diorang ada. Ni memang taste aku. Aku sunga pelamin yang simple, elegan dengan gabungan warna white+cream+pastel, luas and tak nampak serabut. Ni preferences aku jelah. Tapi kalau korang ada citarasa sendiri, berbeza dr aku, blh try discuss dgn Mahakarya. Jgn condemn taste aku pulak tau. Hehe.
Petang tu ada appoinment dengan Kak Norly dr Andaman Liza. Pada aku pakej dia okay, affordable price and pakej semua bagus. Senang deal dgn Kak Norly. Dia siap ckp, ikut awak nak mcm mana, akk buat je. Klu taknak amek full pakej pun blh. Nanti akak pandai-pandai lah tolak. Dia siap cakap, kalau betul rezeki akak, InsyaAllah dik kita blh kerja sesama. Tapi tulah, aku still in the middle. Tgh buat comparison lagi. Yelah baru empat kan survey. Ada lagi lapan nak kena jumpa. Fuhhh!
Niat hati nak buat grand sikit. Sikit jelah. Tapi mcm tak kesampain sebab byk lagi nak kena cover within budget yang ada. So yg mana boleh, aku just go on. Yg tak dapat, aku just let go. Tapi kalau ada rezeki lebih, bolehlah tambah-tambah sikit kan. Kalau korang rasa kecewa mcm aku, baca link kat bawah ni. Berguna sgt untuk cover rasa kecewa tu. Huhu. Redha jelah mak.
Oh ye. Ahad ni ada appointment dengan photographer and nak try set appointment dgn another two bridal. InsyaAllah klu sempat nanti aku review satu-satu bridal yang aku dh survey. Jangan risau nanti aku bg komen dr segi artwork, PR and yg penting price. Yelah nk adjust with budget kita yang paling penting pada aku.
And one more thing, is this below link. Saje scroll FB, lepas tu nampak someone share this thing. I found this quite useful, sebab sebagai bakal pengantin aku memang lost untuk documentation things like this. Thanks tau.
No comments:
Post a Comment
Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)