Pages

Friday, January 23, 2015

Bingung.

Jujur, hati ini sangat sakit sekarang.
Aku berperang dengan perasaan aku sendiri.
Emosiku terusik.
Mentalku terganggu.

Semua perkara yang aku buat serba tak kena. Benda yang aku rancang untuk dua tiga bulan itu, hancur pergi macam tu sahaja. Aku buat semua dari mula hingga akhir. 

Dari tahun dua ribu tiga belas lagi, aku dah pun siap-siap beli hantaran. Aku beli sikit demi sikit. Sebab aku tau, aku takkan mampu untuk buat semua sekaligus. Aku tau mcm mana aku. Aku bukannya berduit, untuk beli barang yang sama dengan kehendak aku. Jadi aku pupuk hati, simpan dan beli. Biar lambat dapat. Tapi ada hasilnya.

Dari bulan dua belas dua ribu empat belas, hampir setiap hari aku survey flight ticket. Hampir setiap jam aku bukak semua laman web syarikat pernerbangan. Hampir setiap waktu aku habiskan untuk ini. Tujuan aku cuma satu, beli tiket untuk bawa keluarga dia kemari.

Aku curi sedikit waktu kerja untuk urusan peribadi. Aku telefon semua orang untuk homestay. Aku survey satu persatu yang mana murah dan selesa. Tapi sayang, yang murah tulah yang berduyun-duyun orang rebutkan. Dan untuk itu, aku terpaksa mengalah. Aku cari lagi rumah. Mahal sikit tapi lebih selesa. Mujur akak tu baik. Berurusan dengan dia buat aku bersyukur kerna Allah permudahkaan setiap rundingan aku dengan Kak Midah. 

Aku sanggup berhari whatsapp dengan Amy. Runding harga serendah mungkin untuk hantaran aku. Atas dasar kawan, Alhamdulillah, aku dapat sesuatu yang baik dengan harga yang berpatutan. Aku lepaskan gopro demi membayar duit gubahan hantaran. Aku tak menyesal sekali pun tidak. 

Aku survey setiap sudut harga untuk catering, khemah, bridal. Setiap hari aku telefon untuk kepastian harga. Untuk membuat keputusan perbandingan bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi aku gagahkan diri, biar biasa biar sederhana majlis itu tapi insyaAllah hasilnya buat aku puas hati.

Untuk setiap isi yang aku taip ini, setiap kali itulah air mata ini menitis. Bukan, bukan aku hendak merungut, bukan untuk aku tidak menerima, aku percaya semua ini adalah dugaan untuk kami. Tapi untuk menangguhkan segalanya ke bulan lima bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami. 

Setelah aku sendiri menguruskan segalanya. Setelah pahit aku lalui. Setelah aku berdikari untuk semua ni. Aku uruskan dari sekecil benda hingga sebesar perkara. Tapi tak siapa nampak usaha aku walaupun hanya sekecil bata. Aku bukan menagih mintak simpati, aku bukan menagih uang dan ringgit. Aku cuma harap sokongan kalian. Sokongan dan restu agar kami boleh melalui segalanya seperti pasangan yang lain.

Cuba faham, hati ini tidak boleh menerima alasan yang sebegitu. Cubalah untuk mengerti sebab kita bukan punya banyak masa untuk penangguhan ini.

Tapi, bila aku berbalah tentang ini, semua hanya tahu memaki. Semua hanya tahu membela diri. Semua rasa yang betul hanyalah diri sendiri. Tapi aku, yang membuat segalanya. Bukankah seharusnya hati ini yang lebih terasa sakit dan pedihnya? Sakit sebab semua orang tak pernah peduli. Pedih sebab rasa aku yang bersungguh untuk ini. 

Aku tau aku bukanlah harapan. Aku tahu aku ni hanya menyusahkan. Tapi untuk yang ini, aku sendiri berjanji yang aku takkan susahkan sesiapa. Aku takkan libatkan mereka. Aku rela susah atas usaha aku sendiri. Takpe, biar aku keluar duit sendiri. Dari diungkit-ungkit suatu hari nanti. Tapi bila aku buat keputusan untuk melalui segalanya dengan sederhana, mengapa mereka yang berterusan membantah? 

No comments:

Post a Comment

Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)