Pages

Tuesday, October 1, 2013

Mencari cinta Allah.

Perlahan-lahan aku merangkak. Cuba untuk berubah kearah yg lebih baik. Entah, sejak dekat dgn Dia, hatiku tenang. Setenangnya. Tiada apa lagi yg aku risaukan. Tiada apa lagi yg aku buntukan. Semua rasa selesa.

Bukan aku tidak pernah dekat. Cuma kali ini aku rasa terlalu dekat. Dekat sangat. Walaupun aku masih jauh. Masih terkapai-kapai lagi.

Masalah dtg juga. Tp sentiasa ada jalannya. PetunjukNya. Tak pernah lg aku buntu memikirkan masalah itu. Aku tahu, semuanya dari Dia. Kerna Dia syg aku, Dia beri aku ujian itu. Masakan Dia mahu memberi ujian kepadaku lebih dari kemampuanku? Bersyukur kerana aku masih dipilih untuk menghadapi ujian itu.

Sakit? Batuk dan selsema menyerang tiada henti. Tambah pula sakit perut ini. Belum lagi dikira sakit gigi. Muntah? Usah disebut. Satu hari mahu tiga empat kali. Tapi bukankah sakit itu penghapua dosa? Jika sakit, sekurangnya aku tahu Dia masih kisah. Aku tahu Dia tidak mahu aku menanggung dosa yg banyak. Jadi untuk apa keluhan jika ganjarannya setimpal?

Ohh ya, hari ini sudah empat dosa. Itu yg terhitung. Yg tidak nampak? Yg sebesar zarah itu?  Rasa berdosa. Tp aku tahu Dia itu Maha Pengampun. Maha penerima taubat. Moga masih ada peluang untuk aku.

Rindu utk membaca Al-Quran. Tp lemah dr segi tajwidnya. Aku malu. Acap kali niat membaca kerana belajar. Tp tidak pernah berusaha utk belajar. Malu dgn saudara yg baru saja mengenal Islam. Mereka lebih fasih, lebih arif drku tentang tajwid. Tp aku? Lahir saja sudah kenal Islam, tp jarang mengamalkan. Aku harap ada seseorang yg akan membimbingku. Ya Allah , berilah aku petunjukMu.

Aku menulis bukan untuk mengaibkan. Tp untuk peringatan sesama kita. Mungkin aku tidak blh menegur secara terang-terangan. Tp cukuplah klu ini terkesan buat kalian. Kita sama-sama belajar untuk mengejar cinta Allah. Kejar syurga Allah.

Dan yg paling aku bersyukur kerana takdir kami jauh. Alhamdulillah. Terima kasih banyak Ya Alllah.

No comments:

Post a Comment

Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)