Pages

Saturday, October 22, 2011

Saya tetap sayang awak :)

Semalam aku menangis menangis dan terus menangis. Tanpa henti. Sejak dari dia tau yg aku ada hati pada orang lain. Aku tau aku dah kecewakan dia. Aku dah musnahkan cinta kami. Ya, aku yang mungkir janji. Aku musnahkan semua dalam masa satu hari jerk! 

Selama hari ni dia memang cukup baik untuk aku, sentiasa dengan aku. Tak pernah menolak permintaan aku. Tak pernah hampakan aku. Tapi aku? Aku buat macam ni pada dia. Ya, aku tau. Aku jahat, akulah puncanya. Aku buat dia menangis. Aku buat dia kecewa sangat. Aku hilangkan semua kepercayaan dia pada aku.

Tapi satu perkara yang aku betul-betul pasti, aku teramat sayangkan dia. Aku betul-betul tak sanggup kehilangan dia. Aku betul tak tahu macam mana hidup aku tanpa dia. Aku buntu. Aku bingung. Aku cuba telefon dia. Banyak kali. Lebih banyak tak berjawab dari berjawab. Kalau berjawab pun hanya tengkingan yang aku terima. 

Aku cuba dan terus mencuba. Aku taknak kehilangan dia. Aku tau sebanyak mana pun maaf yang aku ucapkan, semua tu memang tak mencukupi untuk dihitung dengan kesilapan aku. Aku tak layak untuk dia. Aku ni hina. Aku benci diri aku!

I ask for forgiveness. Again and again. Aku tanya masih ada tak peluang untuk aku? Dia senyum sinis. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati dia untuk aku. Allah lembutkan hati dia untuk terima aku balik. I got that chance. Only for this once. Sekarang cuma dari aku, aku kena bina balik kepercayaan dia pada aku, aku kena bina balik cinta kami yang pernah ada dulu. Aku harap Allah bagi aku kekuatan dan ketabahan menghadapi hari hari kami selepas ni. Aku akan hargai peluang ni sebaik mungkin.

Terima kasih sayang!

No comments:

Post a Comment

Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)