Pages

Friday, September 9, 2011

On my last day at SMKBK :(

Akhirnye abes juga praktikal dengan SMKBK. Ya, memang aku sangat-sangat menantikan saat ini setelah sekian lama. Tapi bila tiba hari ni, aku rasa sedih. Sedih sangat-sangat. Aku sedih nak tinggalkan sekolah ni. Walaupun sekejap je aku kat sini, aku dah mula jatuh sayang pada semua. Aku sayang cikgu-cikgu kat sini, bangunan sekolah ni. Dan yang paling penting aku sayang semua pelajar aku terutamanya kelas 4E. 

Dulu, aku ingat lagi. Betapa menyesalnya aku masuk sekolah ni. Rasa menyesal sebab pilih sekolah ni. Dahlah pelajar tak dengar kata, facilities tak complete. Memang aku kutuk-kutuk sekolah ni. Memang mula-mula tu aku rasa tak sabar sangat nak abes praktikal. Aku sendiri tak tau kenapa.

Bila tiba hari ni, hari yang paling aku nanti, aku rasa sebak sangat. Aku pasti akan rindu pelajar-pelajar aku. Rindu dengan telatah diorang, keletah diorang, rindu senyum diorang, rindu gelak diorang. Aku pasti akan rindu. Itu je yang aku fikir. Dah takde lagi rutin bangun pagi, mandi pagi, masuk kelas, rehat kat kantin sekolah. Sungguh, bila mengenangkan tu semua, perasaan sedih tu makin menjadi-jadi.

Untuk warga SMKBK, saya rasa sungguh bertuah kerana terpilih menjadi salah seorang wargamu. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang banyak membantu. Maafkan saya jika terdapat kekhilafan dalam diri ini sepanjang saya berada disini. Saya doakan kamu semua berjaya dunia dan akhirat. Terima kasih buat semua terutama anak-anak didikku. Cikgu pasti akan merindui kalian.

Masih terngiang lagi.
Mereka memanggilku "Cikgu" :)

No comments:

Post a Comment

Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)