Amaran Keras: Entri banyak gambar
Dah lama rasanya tak post entri dekat blog ni. Sekarang ni dah masuk bulan March pun. Maaf, lately ni aku kurang waktu untuk segenap segi. Pagi sampai petang aku sibuk. Sibuk tapi tidak tahu atas sebab apa. Untuk bulan ni, banyak sangat yang berlaku dari satu ke satu. Seriously aku memang tak sempat nak post setiap satu entri satu hari . So, sekarang ni aku nak update entri sepanjang bulan Mac sehingga ke hari ini.
EnamMacDuaRibuSebelas
Tanggal ni adalah tanggal istimewa untuk Siti Nur Syazwani Sapuan. Hari ni genaplah umur Kak Wani 24 tahun. Errmmm Ermmmm Kak Wani dah tua. Weeekkkk :P Haha. Kak Wani, sempena Kak Wani telah pun berusia kematangan ni, saya dengan bestnye nak ucapkan Allah selamatkan Kamu. Semoga apa yang Kak Wani hajatkan, apa yang Kak Wani doakan termakbul. InsyaAllah. Kak Wani, berkorban demi adik-adik itu tak salah, tapi adakalanya kita kena membuat orang sekeliling kita kecewa demi kita. Bukan sebab kita pentingkan diri, tapi sebab kita manusia. Semua benda hanya boleh dibuat dengan keinginan kita. Kak Wani cubalah berdiplomasi. Saya sentiasa doakan agar pintu hati Wana terbuka terima siapa saja jodoh Kak Wani. Semoga Kak Wani terus maju. Jangan tinggal solat. Ingat pesan Makcik Syim dan Cekguu Sapuan :D
Sengecuka Hamnida ^-^
House-mate terchenta bukan Soulmate ye,
eyuwwww :P
House-mate terchenta bukan Soulmate ye,
eyuwwww :P
DuabelasMacDuaRibuSebelas
Selamat Bertunang, Nikah dan Bersanding Cik Idah :)
Cik Idah, bagilah anak buah kat kita banyak-banyak. Cewaahhhh. Ayat Demand lagii. Apepun, rasanya masih tak terlambat lagi kita nak wish Selamat Pengantin Baru kat Cik Idah. Maaf sangat sebab tak dapat nak hadir di hari bahagia Cik Idah. Maaf atas sebab-sebab tertentu. Aniway, lauk kenduri memang sedappp. Semoga bahagia keakhir hayat, dapat anak yang ramai, hidup dalam rumah tangga yang aman damai serta dirahmati Allah sentiasa. Aminn.
Tanggal yang sama aku telah kehilangan seorang pakcik, Jamil bin Sulong.
"Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman
dan sentiasa dicucuri rahmat."
Pemergiannya buat aku terasa sedih sangat dan betul-betul menginsafkan aku. Rasa baru semalam mak call dia. Tapi hari ni terkejut mendengar berita pemergiannya. Kesian Mak Usu dan anak-anak. Semoga mereka meneruskan hidup dengan tabah dan penuh kekuatan. Baru je aku kehilangan seorang nenek tersayang pada 15Feb2011. Kini pakcik aku menyusul Semoga aku tetap tabah. Buat Sulong Moin, Tahir Ramli, Rohana Yahaya, Rohani Ibrahim, Behram Sulan, Yahaya Sulan Jamil Sulong anak cucunya turun temurunnya serta mereka yang berkaitan kepadanya sekalian, moga mereka ditempatkan ditempat yang mulia disisi Allah. Al-fatihah.
TigabelasMacDuaRibuSebelas
Araaabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb,
Happy Sweet 20 Birthday. May Allah bless U always. Ucapan biasa, semoga kau bahagia sokmo. Moga apa yang kau hajati tercapai. Thanks for everything U done for me, for always be on my side, for never reject my request and and and for always give me money. Hihi. Thank You my cute little brother. Love yaaa~
LapanBelasMacDuaRibuSebelas
MyBeautyBestie, WanIntanWanIsmail
Dihari bahagia kau ni, aku doakan semoga kau panjang umur, murah rezeki dan sentiasa bahagia. Intan kau kena tabah dan kuat untuk dugaan kali ni. Ye, memang berat. Tapi Allah sayangkan kau. Sebab tu dia uji kau macam ni. Apepun keputusannya nanti, kau kena teruskan hidup dengan penuh yakin. Macam apa yang kau yakin pada dia. Kau kena terus melangkah walau susah macam mana pun. Ini je cara untuk menjadikan kau matang dan dewasa. Dengan belajar erti pahit erti sakit. Semua tu pengalaman hidup. Setiap antara kita lalui jalan hidup yang berbeda, tapi aku percaya setiap yang beza itu ada bahagia dan ada duka. Mungkin untuk kau duka dulu bahagia kemudian. Aku sentiasa sokong dan sentiasa ada walau apa jua keputusan kau. I love You.
SembilanBelasMacDuaRibuSebelas
Okeyyy ni betul-betul latest update. Aku belajar menjahit. Weii janganlah gelak. Hehe. Tapi seronok sangat buat benda ni. Betul-betul pengalaman baru. Aku mula jatuh cinta dalam bidang ni. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku nak belajar lebih mendalam dalam bidang ni. Pray for me :)
Ni lah hasil yang aku dah siapkan. Comel tak? Hihi.
Okey habis. Bye~
Next update- Second anniversary
No comments:
Post a Comment
Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)