Pages

Sunday, October 17, 2010

Agak terkilan. Actually, memang terkilan pun.

Tak. Bukan aku harap korang ada dengan aku untuk dua puluh empat jam. Tapi hanya untuk sekejap sahaja. Untuk sesuatu yang penting. Untuk suatu masa yang korang rasa bahagia. Aku nak kongsi masa-masa gembira tu dengan korang. Nak sangat. Nak kumpul sama-sama. Macam dulu =[

Bertahun kan kita tak jumpa? Adalah dalam 8 9 tahun kot. Entah. Aku pun tak ingat. Tapi dalam tempoh tu, aku sentiasa cari korang. Rindu korang. Tau tak? Aku usaha, nak sangat sangat sangat jumpa korang. Dah lama terpisah, tapi korang tetap dalam ingatan aku.

Lepas bertahun aku tunggu, okey usaha aku tak sia-sia. Alhamdulillah Allah jumpakan aku dengan  korang dalam fesbuk. Aku jumpa sorang demi sorang. Masa tu, hanya Allah saje yang tau betapa gembiranya aku. Dalam hati ni, syukur Ya Allah. Dalam fesbuk pun takpelah. Janji aku jumpe korang.


Tapi sayangnya, gembira tu tak lama. Sekejap sangat. Bila ada apa-apa, hanya korang. Semua korang. Tanpa aku. Serius doe, aku terkilan sangat. Nak nangis pun ada. Ingat bila dah jumpa, korang pun akan rasa sama macam yang aku rasa. Tapi tak. Korang dengan korang, aku tetap aku.

Korang, korang kalau aku jumpa korang, aku nak sangat peluk korang. Cium korang. Sebab apa? Sebab aku rindu sangat kenangan kita dulu. Sebab aku rindu korang semua. Tapi sekarang ni, aku makin jauh. Korang pun makin jauh. Sekarang ini, aku hanya perlu kuat. Kerna korang dah tak perlukan aku. Tak mengharapkan aku sebagai sahabat. Korang, aku pergi. Tak tahu kemana. Yang pasti jauh. Korang jaga diri .

Korang tetap dihati aku.Selamanya.Janji.

No comments:

Post a Comment

Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)