Awak,
Dah banyak kali saya taip entri ini. Tapi setiap kali saya taip, saya padam. Eh bukan. Bukan saya tak nak tulis entri tentang awak. Kalau boleh saya nak setiap kenangan kita saya abadikan saya dalam blog saya ni. Kalau boleh saya nak semua tahu yang saya bahagia dengan awak. Tapi entah kenapa setiap kali saya taip, tiap kali itulah saya padam. Taip padam taip padam.

Setahun? Tempoh perkenalan kita. Okey saya akui memang. Memang sekejap kan tempoh tu? Tapi sejak dari tempoh itulah saya kenal awak. Kenal awak dengan serius. Siapa awak, keluarga awak dan semualah tentang awak. Hanya awak.
Awak rajin bercerita. Tentang masa lepas awak, tentang kejayaan awak, tentang kelebihan awak.Bila awak cerita tentang masa lepas awak, saya sedih sangat. Saya terasa. Bila saya terkenang, saya rasa sakit hati sangat. Saya kecewa.
Kadang-kadang bila saya bersama awak, saya rasa kita ni macam langit dengan bumi. Jauh sangat beza. Awak minat tu, saya minat ni. Awak suka tu, saya suka ni. Awak nak tu, saya nak ni. Huh. Susahkan?
Tapi saya cuba belajar untuk terima awak. Terima kekurangan awak. Terima awak seadanya. Saya tahu untuk kita bersama kita tak perlulah nak mencari kekurangan awak. Kita bersama adalah untuk melengkapkan kekurangan menjadi kelebihan, kita bersama adalah untuk merasai perbezaan menjadi persamaan, kita bersama bukan utk masa lalu tapi masa depan dan yang penting kita bersama adalah kerana takdirNya. Sungguh awak. Hari ni, saya bahagia yang teramat. Semuanya sebab awak.
Ya Allah, jika benar aku ini adalah dari tulung rusuk kirinya dan seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untukku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagian diantara kami, agar kebahagiaan itu kekal abadi. Amin.
♥AzieArtz
No comments:
Post a Comment
Enjoy your reading&&
drop your comment here..
I'm waiting ;)